Wednesday, September 12, 2007

Ong Tuen San






Matahari memancar terik pagi itu. Ong Tuen San baru pulang dari teratak rumbia tempat dapur masakan Pol Pot. Agak aneh takdir tuhan. Di kala rakyat Kemboja yang lain tak kira samada keturunan Champa mahupun Khmer sedang bertarung nasib menjalani kehidupan di bawah rejim Pol Pot, beliau dikerah pula menjadi pekerja untuk menyediakan makanan kepada rejim yang berpegangkan fahaman Komunis itu.

‘Ong Tuen! Ong Tuen!’ Panggil Ong Mat termengah-mengah.

‘Ada apa Ong Mat?’ Ong Tuen San merenung wajah Ong Mat yang seolah ketakutan dan kepenatan.

‘Aduhai Ong Tuen, apalah nasib kita ni Ong Tuen. Seorang demi seorang kaum kerabat kita di bawa pergi oleh Jabot. Mereka telah bawa Samad pergi Ong Tuen’. Terang Ong Mat sambil menangis.

‘Ya Allah, apakah hal ini Ya Allah. Berat benar ujian yang Kau timpakan terhadap kami ini. Oh tuhanku’. Rintih Ong Tuen San.

Dia terduduk mendengar berita tersebut. Memang menjadi kepastian, sesiapa sahaja yang di bawa pergi oleh konco-konco Pol Pot tak akan kembali lagi. Ong Tuen San termenung memikirkan nasib yang bakal menimpa adik iparnya itu. Bagaimana pula dengan adik perempuan bongsunya bersama 3 lagi anak-anak yang masih belum mengerti apa-apa.

Sudah 2 tahun berlanjutan, Kemboja menderita di bawah pemerintahan gila Pol Pot yang memperjuangkan Komunis. Semua rakyat Kemboja mengalami nasib yang sama, tak kira agama mahupun bangsa, semua yang tidak mengikut perintah akan dibunuh dengan kejam termasuklah dipancung, dibakar, mahupun dibelasah beramai-ramai sehingga tubuh lembik dan lebam tak bernyawa.

Amat menyedihkan lagi apabila golongan para alim ulama terutamanya yang menyebarkan ilmu dan dakwah di pesantren-pesantren turut menjadi korban. Darah para shuhada’ mengalir menitis di bumi Kemboja.

Ong Tuen San sentiasa terkenangkan arwah tok guru beliau yang disanjungi iaitu Tuan Guru Haji Kechik. Semasa hayat mudanya, beliau pernah menuntut ilmu agama sehingga ke nusantra dan pernah bermukim lama di negeri serambi Mekah bersama beberapa sahabat. Kesungguhan sekumpulan anak muda ini dalam mencari ilmu agama disanjungi dan diiktiraf oleh para guru-guru di Kelantan sehingga ada di antara mereka yang bergelar Haji Musa Al-Kelantani.

Ketokohan dan peribadi Tuan Guru Haji Kechik yang penuh rendah diri serta berhikmah sentiasa menjadi contoh dalam membina peribadi Ong Tuen San sebagai murid senior.

Sekitar tahun 1976, Ong Tuen San sudah pun mempunyai 3 orang anak setelah hampir 11 tahun menabur bakti dengan memberi didikan agama di beberapa buah kampung seperti Pou’ Seh, Jumneik, Kompong Cham dan Kompong Som.

Namun begitu, usaha murni beliau tidak dapat diteruskan apabila Pol Pot berjaya menguasai tampuk pemerintahan Kemboja. Raja Kemboja Norodom Sihanouk pada masa itu hanya mampu melihat dari jauh sahaja tanpa dapat berbuat apa-apa. Rakyat Kemboja terus ditindas tanpa belas kasihan. Yang tak bersalah turut dibunuh tanpa alasan beramai-ramai sehingga wujud satu tempat yang digelar ‘The Killing Field’.

Ong Tuen San sedang termenung memikirkan nasib masa depan agama, tanah air serta anak isterinya.

‘Aku mesti keluar dari negara ini’, getus hati kecilnya.

Meskipun kedudukannya pada masa itu sedikit selamat kerana dikerah menjadi tukang masak, namun siapa mampu menduga dengan sedikit fitnah yang dicucuk kepada ketua boleh menyebabkan dia sekeluarga dibunuh. Pernah berlaku seorang lelaki Khmer ditangkap membawa pulang beras curi ke rumah telah dibunuh begitu sahaja walaupun jumlah beras yang diambilnya hanyalah secupak untuk isteri dan anak-anak kecil yang kebuluran.

Komunis memang gila. Seluruh rakyat dikerah mengerjakan sawah ladang sedangkan makanan yang dicatu hanyalah semangkuk bubur yang cair. Ada diantara mereka terpaksa memakan siput-siput dan pucuk-pucuk kayu. Air mata sudah kehabisan untuk dialirkan.

Dasar pecah dan perintah turut diamalkan oleh gerila komunis. Anak-anak muda dan kecil dipisahkan dari ibu bapa dan ditempatkan di sebuah kem yang jauh. Ada yang dikerah menjadi tentera dan ada yang dikerah menjadi buruh kasar.

Komunis memang tidak menerima sebarang unsur keagamaan tidak kira Islam mahupun Buddha di Kemboja. Ini menyebabkan Ong Tuen San sendiri tidak dapat menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan sempurna demi menjaga keselamatan diri serta anak isteri. Mungkin ada yang berpandangan sinis. Namun dalam keadaan darurat, itulah yang terbaik untuk kemaslahatan masa depan. Dia yakin bahawa keamanan akan menjelma suatu hari nanti dan bebas dari belenggu Komunis.

Malam itu malam Jumaat 20 Disember 1977, Ong Tuen San mendapat khabar berita bahawa tentera Vietnam sudah mula memasuki sempadan Kemboja dan telah menguasai bahagian Barat sempadan Kemboja-Vietnam. Pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sudah mula menghulurkan bantuan dan mendirikan Kem pelarian peperangan berhampiran utara negara Thailand.

Hati Ong Tuen San sedikit mekar direnjis harapan. Dia memanggil isteri dan anak-anak berkumpul di tengah rumah untuk menyampaikan pesanan.

Sambil menilik wajah anak-anak dan isteri, dia mula berbicara.

‘Malam ni ayah ingin menyampaikan sesuatu yang penting. Apa yang yah hendak katakan nanti ayah mahu anak-anak ayah dengar betul-betul dan pegang betul-betul tak kira apa yang terjadi.’

Anak-anaknya hanya mendengar dengan penuh perhatian.

‘Ayah sudah fikir dengan mendalam dengan berserah penuh kepada tuhan. Malam besok, kita semua akan melarikan diri ke Khoi Dang. Di sana pihak UN telah membina kem penempatan untuk pelarian peperangan. Di sana kita akan dibantu dengan baik. Kerajaan Malaysia juga turut sama menghulurkan bantuan. Mereka juga orang Islam.’

‘Kita tak boleh hidup begini selama-lamanya. Entah esok entah lusa ayah juga mungkin diheret oleh Pol Pot. Kita tidak boleh meramal apa yang akan berlaku. Dengan itu ayah ingin berpesan kepada anak-anak sekalian agar jangan sekali-kali lupa kepada Allah. Pegang teguhlah kepada kalimah La ila ha illallah. Sebutlah kalimah ini setiap masa. Mintalah pertolongan dariNya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa. Walau apa pun yang berlaku jangan lupa La ilaha illallah. Ingat pesan ayah’.

‘Baik yah’. Angguk anak-anaknya serentak.

Tanggal 17 Februari 1978, rejim Khmer Rouge telah ditundukkan oleh tentera Vietnam yang mara dari arah Selatan. Khmer Rouge telah menyerah kalah sementara Pol Pot sendiri telah ditangkap. Seluruh rakyat Kemboja sangat bersyukur dengan perkembangan tersebut.

Walaupun Kemboja telah bebas dari genggaman komunis, Ong Tuen San telahpun nekad tidak akan menoleh lagi ke belakang. Dia mencaturkan langkahnya ke sempadan Thailand di mana sebuah kem telah didirikan oleh pihak United Nation di Khoidang.

Tiba di Khoidang, beliau disambut oleh saudara mara dan kenalan yang turut melarikan diri dari kancah peperangan. Di kem pelarian tersebut beliau cuba meneruskan kehidupan dengan membuka sebuah warung kecil yang menjual air batu demi menyara keluarganya. Hampir 6 bulan mereka tinggal di sana disamping mendapat bantuan dan sokongan dari pihak UN.

Namun begitu, bukan mudah sesebuah negara yang terlibat dengan peperangan untuk mendapat keamanan sepenuhnya. Pada suatu pagi, satu letupan bom yang kuat telah memusnahkan sebuah rumah di kawasan tersebut. Keadaan menjadi huru-hara sebelum pasukan pengaman tiba. Ternyata di sana bukan tempat yang aman juga.

Pada tahun 1979, di bawah pimpinan Tun Abdul Razak, kerajaan Malaysia telah menawarkan suaka kepada pelarian Kemboja yang beragama Islam di Khoidang. Inilah saat yang dinantikan oleh Tuen San untuk mendapatkan sebuah tempat yang aman damai dan menjadikan agama Islam sebagai agama persekutuan.

Lantas ketika itu juga beliau dilantik sebagai wakil pelarian Kemboja bagi menguruskan hal ehwal agama kerana beliau mempunyai ilmu agama yang mendalam serta fasih berbahasa Melayu kerana semua kitab-kitab yang dipelajari ketika di pondok dahulu adalah sama dengan yang diajar di pondok-pondok Pattani mahupun di Kelantan.

Setiap pelarian yang ingin memasuki Malaysia diwajibkan menjalani ujian asas agama seperti mengucap dua kalimah syahadah, bacaan surah Fatihah, rukun sembahyang, puasa dan sebagainya. Terdapat juga pelarian yang berketurunan Khmer memeluk agama Islam di tangan beliau.

Pelarian-pelarian yang diluluskan ditempatkan di sebuah kem penempatan di sebuah kawasan di pantai Cherating. Di kem inilah, pelarian-pelarian Kemboja diberikan bantuan makanan, pakaian dan juga pendidikan samada pendidikan agama mahupun pendidikan perlembagaan Malaysia. Mereka diajar membaca dan menulis jawi dan rumi, bahasa Melayu dan asas bahasa inggeris. Setelah cukup setahun, setiap individu akan didaftarkan sebagai penduduk tetap dan diberikan kad pengenalan warna merah pada ketika itu.

Kem tersebut kemudiannya telah ditutup 3 tahun kemudian. Kali terakhir pengambilan ialah pada tahun 1990 dan ditutup setahun kemudiannya.

Kini sudah hampir 26 tahun beliau meninggalkan kem pelarian tersebut. Sejak keluar dari kem, beliau pernah berkhidmat sebagai mandor di sebuah ladang kelapa sawit walaupun beliau masih lagi dijemput sebagai penceramah dan jurubahasa jemputan oleh pihak PERKIM. Beliau juga sempat mendapatkan surat tauliah dari Majlis Agama Islam Terengganu bagi mengajar agama Islam.

Dengan tauliah tersebut juga beliau mencurahkan ilmu beliau dengan mengajar Al-Quran dan fardhu ain kepada anak-anak penduduk kampung di sebuah kampung di Kota Bharu. 26 tahun, sebaya juga dengan anak teruna beliau yang kini sedang berkhidmat sebagai jurutera Petroleum syarikat minyak negara.

Walaupun beliau bukannya anak kelahiran tanah Melayu, namun dia berbangga kerana darah dagingnya dapat menyumbangkan tenaga demi pembangunan negara Malaysia. Kadang-kala di kala keseorangan, beliau sentiasa terkenang betapa nikmatnya sebuah kemerdekaan dan keamanan yang dicapai oleh sesebuah negara. Sesekali, beliau terasa rindu juga untuk pulang ke kampung halaman di sana, mungkin sudah banyak yang berubah.Namun dia selalu menasihati anak-anak beliau betapa pentingnya diri kita bebas dari jajahan orang lain.

Mungkin dulu kita dijajah dengan senjata dan kekerasan, namun ingatlah walaupun kita sekarang sudah aman merdeka, jangan kita lalai dan alpa, ada satu lagi penjajahan yang lebih dahsyat dan lebih besar malah kita tidak menyedarinya. Itulah penjajahan minda dan pemikiran oleh musuh-musuh Islam untuk menghancurkan kita semua tanpa kita sedari. Ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak terputus, tepung tidak terbarai.

Wahai anakku, peliharalah agama dalam dirimu tak kira apa jua pekerjaanmu kerana selagi agama dijunjung selagi itulah kamu akan mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

Hakcipta Terpelihara © dalamperjalanan.blogspot.com
p/s: Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-50 dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Wednesday, August 8, 2007

Bagaimana Menjaga Hati dan Maruah Suami


Entri kali ini adalah enrti yang pernah aku bagitau nak cerita dulu-dulu. Adakah korang sudah mendirikan rumahtangga? Atau bak kata orang tua-tua sudahkah korang 'membina masjid'?

Jika korang baru nak mencari jodoh, atau sedang merancang atau baru saja melaksanakan atau sudah pun beranak-pinak malah sudah bercucu-cicit, ingatlah pesanan untuk diriku sendiri ini bahawa DULU KINI DAN MINGGU DEPAN KORANG BERIA-IA NAK 'DIRIKAN MASJID' TAPI MALAS NAK KE MASJID, APA KES?

Kesnya itu korang adililah sendiri apa sebab musababnya. Nak kata sakit demam aku tengok elok-elok je korang mentekedarah nasi beriyani, elok-elok je jalan-jalan gi shoping kat hypermarket gi jom heboh, elok-elok je pergi joging petang-petang, masuk gim bagi keluar peluh. Tapi malas ke masjid apa hal hah? Pesan untuk aku, jika badan rasa lemah, jalan sikit nak pitam, makan sikit muntah, cepat-cepatlah pergi jumpa doktor. Tapi bila rohani sakit, pergi masjid malas,baca quran malas, berzikir malas, kuliah agama malas, nak gi jumpa SIAPA?

Aku tinggalkan korang dengan soalan tu untuk difikirkan bersama...

Kata para ahli falsafah, mencari pasangan hidup itu bukanlah mencari orang yang sempurna, tetapi sebaliknya mencari orang yang dapat menyempurnakan hidup kita. Ini kerana setiap manusia ada kelemahan dan ada kekurangan. Apabila korang sudah nekad untuk menerima seseorang wanita sebagai teman hidup yang sah korang maka terimalah isteri korang dengan seadanya, jangan mengharapakan sesuatu yang perfect dari diorang kerana hakikatnya diri korang pun bukannya perfect sangat.

Namun begitu suka aku perturunkan di sini wahai para isteri yang solehah akan beberapa perkara yang perlu korang perhatikan dalam perhubungan korang dengan suami korang mengikut kaca mata seorang lelaki yang bergelar suami. Rata-rata si isteri bukannya sengaja nak melukakan hati suami, namun kadang-kadang mereka tidak sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu menimbulkan perasaan benci dan marah pada hati suami atau sekurang-kurangnya menimbulkan ketidaksenangan.

Dan worst case scenario sudah pasti suami korang akan cuba mencari kesenangan hatinya pada orang yang boleh menyenangkan hatinya pula. Masa tu suami korang akan berkata,'Itulah dulu siapa suruh awak tak pandai jaga hati saya?'.

Maka terimalah petua Bagaimana Menjaga Hati dan Maruah Suami.

1- Kelemahan suami
Jangan sesekali mendedahkan kelemahan suami korang di hadapan orang lain walaupun korang seorang pelawak.Jagalah maruah dirinya walau di hadapan seorang yang cacat penglihatan dan cacat pendengaran. Apatah lagi jikalau korang menceritakan kepada orang tentang ketidakupayaan suami korang di ranjang. Contohnya korang berkata di hadapan sedara mara korang tentang suami korang yang boyot yang tengah makan mi bandung di meja makan:
'Abang Pul kamu ni bukannya boleh harap sangat kalau drive jauh-jauh. Nak gi KLCC pun akak takut sebab drive kereta sikit aje dah mengantuk, takut tertido plak tengah drive hehe'.

2- Jayakan Rancangan Suami
Jika suami korang sedang merancang untuk membuat atau membeli sesuatu yang surprise dan tanpa sengaja suami korang terbagitau atau korang tahu dari sumber lain,maka anggaplah yang korang tak pernah tahu atau buat-buat surprise dan teruja. Jangan sesekali cakap kat suami korang pulak ' Ala Ana dah tahu dah yang abang nak belikan bunga ros ni, tak surprise pun'.

3- Beri Pilihan yang Bernas
Jika suami korang bercadang hendak menghadiahkan sesuatu dan meminta pandangan korang nak pilihan yang mana satu,maka korang kenalah bagi pilihan korang dengan segera sebab pada masa itu suami korang memang sedang bersedia sepenuh hati untuk bagi hadiah kat korang dengan sepenuh jiwa. Juga bagitau dengan lebih spesific jenis yang korang suka supaya suami korang membeli barang yang tepat dengan citarasa korang.

4- Berterima Kasih
Jika suami korang menghadiahkan sesuatu kat korang maka ucapkanlah terima kasih pada diorang. Peluklah diorang dan adegan seterusnya mengikut kesesuaian. Dan sekiranya korang kurang suka dengan hadiah tersebut, jangan sesekali mengherdik suami korang dengan berkata 'Lar apesal beli yang kaler pink ni, orang suka yang kaler purple. Kan orang pernah kata dulu'. Sebaliknya selepas adegan di atas tadi, cakap lemah lembut dengan suami korang, ' Terima kasih abang sebab belikan hadiah ni. Nini tahu abang sayang Nini. Tapikan kalu lain kali abang nak belikan hadiah kat Nini, Nini lagi suka kalu abang belikan yang kaler purple'.

5- Kisah Lama
Simpan rahsia atau kisah-kisah zaman remaja atau zaman sekolah menengah mahupun zaman student korang yang tidak berkaitan.Jangan sesekali menceritakan kisah pelajar lelaki yang ingin mengorat korang apatah lagi jika korang pernah ada boyfriend. Cerita pasal jejaka yang pernah datang meminang pun tak payah jugak. Walaupun digesa oleh suami korang, bagilah alasan untuk cerita topik lain atau cerita ala kadar sahaja kerana jika korang masih boleh bercerita secara detail ini akan menimbulkan rasa kurang senang di hati suami korang kerana diorang mungkin menganggap korang masih menyimpan kenangan lama. (Tu la sapa suruh korang gatal sangat nak ada boyfriend dulu hik hik).

6- Hias Diri
Hiaskan diri korang dengan wangian dan jaga kebersihan tubuh badan korang terutamanya di bahagian 'sarung keris'. Jangan sampai ada suami yang mengherdik korang dengan berkata ' Awak ni tak pandai jaga 'sarung keris' ke? Saya rasa macam jalan dalam selut'.

7- Solat Awal Waktu
Usahakan untuk solat pada awal waktu. Semasa suami korang ke masjid untuk solat berjemaah, korang pun tunaikanlah solat juga di rumah. Jangan sampai suami dah balik dan tiba-tiba diorang perlukan korang tapi korang pulak baru terhegeh-hegeh nak amik air sembahyang.

8- Jaga Akhlak
Jagalah maruah suami korang apabila korang bekerja mahupun ketika di luar rumah atau di tempat terbuka dengan:
a. Tutup aurat dengan sempurna
b. Jaga tingkah laku serta lenggok perjalanan
c. Jaga pertuturan anda, jauhi dari slot mengumpat
d. Jangan terlalu berani dalam pergaulan dengan lelaki lain termasuk rakan sepejabat
e. Jagalah suara korang, Kalau berkaraoke lagilah jangan
f. Pandu kereta dengan profesional, jangan terlalu ganas atau terlalu lembap

9- Hubungan Baik Dengan Mertua
Tanya khabar dengan menghubungi mak mertua. Jika pergi makan angin ke belikan sedikit buah tangan untuk mak mertua selepas membeli buah tangan untuk mak korang sendiri.

10- Bijak Belanja
Rancang perbelanjaan barang-barang rumah dengan bijak. Jangan sampai membazir,jika dapat menjimatkan lagi wang yang diberi oleh suami untuk barang keperluan rumah itu sangat bagus. Suami akan rasa bangga dengan isteri yang bijak berbelanja.

11- Urutan
Belajarlah cara-cara mengurut suami, cakar harimau, urut labah-labah ke. Aku cadang nak belajar urut ala SPA hehe.

12- Sangka Baik dan Tanya
Jangan buruk sangka dan buat andaian sendiri. Tanya dan bincang bersama suami korang tentang perkara yang korang musykil. Tanya betul-betul pendapat suami korang sebelum melakukan sesuatu yang korang rasa perlu mendapat persetujuan dari diorang.

13- Muhasabah Diri
Koreksi diri korang setelah beberapa ketika, mungkin sebulan sekali ke atau sekurang-kurangnya setahun sekali ok kot. Kalau aku, aku mungkin akan buat peraturan di mana dalam satu kala setiap 6 bulan ke, setahun sekali ke, kitorang akan sit down dengan suasana yang romantik untuk mesyuarat agong. Dalam mesyuarat itu setiap dari kitorang akan memuhasabah diri dan meminta pasangan meluahkan segala apa kekurangan atau kesalahan yang telah dilakukan mungkin tak disedari selama ini.Nyatakan harapan kepada pasangan masing-masing.Suasana mestilah dalam keadaan minda yang terbuka dan berlapang dada serta sedia menerima segala teguran dan kritikan yang membina. Pastu masing-masing minta maaf atas segala kelemahan diri. Pastu bolehla proceed untuk adegan seterusnya ehem..

14- Galakkan Suami
Sentiasa bagi galakan dan dorongan kepada suami korang untuk mengamalkan agama dengan sempurna. Galakkan suami untuk bersolat berjemaah di masjid/surau. Berilah peringatan dengan lemah lembut dan bijaksana sekiranya mereka terlupa atau tersilap dalam sesuatu perkara.

15- Bermanja Dengan Suami
Selalu bermanja-manja dengan suami. Namun AWAS! Jangan terlalu bermanja kerana kadang-kadang diorang akan rasa rimas dan meluat terutamanya di tempat terbuka. Nak bermanja-manja yang lebih,tempat yang paling sesuai ialah dalam bilik atau di tempat yang hanya korang berdua sahaja.

16- Jadi Isteri yang Berilmu
Cuba untuk menambahkan ilmu pengetahuan terutamanya pengetahuan am setelah pengetahuan agama dan pengetahuan rumahtangga. Jadilah isteri yang agak berpengetahuan terutamanya dalam zaman yang canggih ini. Juga AWAS! Jangan sampai korang hebat dalam teknologi serta perkembangan terkini tetapi jahil dalam ilmu agama, mengaji quran tak pandai, basuh najis pun tak pandai. Tapi apasal suami korang tak ajar ek. MAksudnya jika suami korang agak sibuk mencari nafkah, korang kena lah proaktif sikit, minta suami sediakan tempat belajar atau kuliah agama, belikan buku-buku rujukan agama dan sebagainya. Bantulah suami korang sedikit sebanyak untuk menghadapi hisab di akhirat kelak.

17- Belajar Redha
Didiklah hati korang agar redha dengan keadaan suami korang, redha dengan pendapatan bulanannya. Usahlah korang meminta-minta itu ini begitu begini. Bersyukurlah dengan suami korang itu sebab ramai lagi wanita yang berada di luar sana masih belum mempunyai suami. Usahlah korang menambah lagi stress diorang yang memang stress pasal kerja, nanti lama-lama boleh tekanan darah tinggi, kanser akibat terhasilnya toksin dan juga mungkin akan turut memberi kesan sampingan yang ketara terhadap korang apabila suami korang mudah tertewas dan tak bermaya di ranjang gara-gara stress.

18- Elakkan Perbandingan
Jangan sekali-kali membandingkan suami korang dengan mana-mana lelaki samada suami member korang ke, jiran sebelah ke, ahli keluarga ke atau mana-mana lelaki. Kecuali seorang sahaja sebab semua suami mesti membandingkan dirinya agar mencontohi orang ini. Itulah baginda Rasulullah S.A.W. Galakkan suami untuk mencontohi Rasulullah S.A.W dan mengamalkan sunnah baginda.

Antara tujuan utama tips-tips di atas ialah semata-semata untuk membantu suami korang semua dari tergolong dalam golongan lelaki yang DAYUS. Suami korang jadi DAYUS bila korang tak tutup aurat dengan sempurna, buat maksiat, mengumpat, berkaraoke, namun mereka sedikit pun tak berani bersuara menegur kesalahan isteri dan menasihati isteri agar mentaati perintah Allah dan RasulNya. Kasihanilah suami korang semua bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana lagi penting. Jagalah perangai dan akhlak korang dengan akhlak yang mulia. Bila orang tengok peribadi wanita yang baik maka orang akan puji suami dia. Tapi bila perangai korang buruk maka orang akan kutuk suami korang atau sekurang-kurangnya diorang akan kata kesian kat suami korang.

p/s: Ini cuma pendapat dari pihak suami sahaja. Aku mengalu-alukan cadangan atau luahan dari pihak isteri pula akan kesalahan atau kesilapan suami pula. Bantulah para suami agar menjadi seorang suami yang perfect.

Tuesday, July 3, 2007

Rumah Sewa

Baru-baru ini aku terbaca keluhan seorang penghuni rumah sewa tentang housematenya yang baru. Rupa-rupanya bukan aku seorang yang mengalami situasi sebegitu, orang lain pun ada jugak haha. We are in the same boat man!

Lalu aku pun ingin cerita kat korang bahawa sejak aku berhijrah mencari sesuap nasi di Bangi ini, aku telah pun berpindah sebanyak 6 kali dalam masa 3 tahun.

1- SA7 Flat Seri Anggerik Seksyen 7 (1 Bulan)
Mula-mula jejak kaki di Bandar Baru BAngi, masa tu pukul 5.30 pagi baru sampai dari Kota Bharu dengan bas ekspress, aku menumpang rumah flat sewa member aku yang sedang belajar kat UNITEN. Sebulan je aku stay sebab depa nak pindah ke Balakong sebab ada kes amende ntah depan Limau Nipis.


2- Apartment Taman Tenaga (4 Bulan)
So ditakdirkan ada juga kenalan kepada member masa kat UTM dulu, tutor UPSI yang sambung master kat UKM stay sorang-sorang kat Apartment Taman TEnaga. Dia kata ok, lagipun dia duk sorang-sorang je pun bayar RM 500. So aku tong-tong la dengan member aku lagi sorang.

3- Taman Sri Langat Seksyen 5 (6 Bulan)
Ditakdirkan pula KEtua rumah nak kahwin lepas raya nanti, terpaksalah aku pindah cari rumah lain. So aku pakat-pakat dengan ofismate yang juga coursemate kat UTM dulu untuk stay rumah sewa sekali. Sorang stay kat Subang Jaya dengan family akak di, jauh. Sorang lagi stay kat Seremban, juga jauh. So kitorang setup rumah sewa baru di Taman Sri Langat.

4- Taman Seri Kenari Sungai Ramal Baru (8 bulan)
Tiba-tiba ada hal la pulak, housemate aku yang duk Seremban tu kena stay jaga mak cik dia sebab pak cik dia baru meninggal, takde sape jaga. Tinggal 2 orang sahaja, kitorang pun carila rumah sewa lain. Ada pulak kekosongan 2 bilik kat rumah staf satu ofis juga. Kitorang pun pindah ke Taman Seri Kenari.

5- Taman Seri Melor (18 bulan)
Masuk bulan ke enam kitorang tinggal, tiba-tiba Tuan rumah telepon katanya nak masuk semula rumah tu sebab kena transfer balik dari Kerteh ke Bangi. Dia bangi masa 2 bulan cari rumah lain. Pindah lagi kitorang, dapat rumah sewa di Taman Seri Melor, duduk bertiga. Namun apakan daya, Allah telah menemukan aku dengan jodohku. Aku pun nak kahwin bulan 8 ni insyaAllah. Housemate lagi sorang pun dah keluar sebab dah kawin bulan 6 baru ni. Tinggal lagi sorang dia kata takpe lagipun apartment dia dah nak siap bulan 9 ni.

6- Seksyen 7.
So aku pun nak pindah juga untuk kali ke-ENAM. Baru basuh rumah semalam, nak kena beli tikar getah. Rumah murah je.

Dan Insya'Allah jika umur panjang dan murah rezeki, lepas setahun mungkin aku akan pindah lagi hehe.

Sebenarnya kehidupan yang selesa bagi kita ialah bila kita hidup bersama dengan orang yang satu kepala dengan kita.Tapi bukan mudah nak kekalkan member-member yang satu kepala dengan kita masa kat kampus dulu, sebabnya:
1- Depa dah jumpa pasangan hidup dan dah kawin,
2- Depa dapat kerja kat tempat lain,
3- Depa sudah menjadi mayat isk..

Aku ada seorang sahabat masa kat UTM dulu, walaupun di awal tahun pengajian aku tak berapa rapat sangat, tapi bila dah masuk tahun akhir, kitorang semua jadi semakin rapat sebagai satu geng. Namun begitu beliau tekah pulang ke rahmatullah terlebih dahulu apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sewaktu balik ke kampung dekat Labis Johor.

Dalam 3 bulan yang lepas, aku pernah mimpi berjumpa dengan arwah dekat satu tempat, macam hentian teksi yang ada warung kopitiam. Aku menangis dalam mimpi tu sambil bertanya betul ke engkau ni. Pastu dia citer apa ntah aku pun lupa. Tapi yang aku ingat dia macam suruh kahwin banyak macam lebih dari empat hehe,ish biar betul. Bila aku terjaga baru aku sedar itu hanyalah mainan tidur.

Maka sebagai orang yang kira berpengalaman dalam menjalani kehiduan rumah sewa orang-orang bujangan, aku coretkan di sini bagaimana untuk mengatasi masalah ketika ingin mendirikan rumahtangga sewa orang-orang bujangan.

Cara yang paling mudah ialah dengan membuat perjanjian bertulis oleh ahli rumah sewa tentang peraturan dalam rumah sewa sebelum memasuki rumah. Sekiranya korang menjadi ketua rumah, itu lebih bagus, tapi kalu korang yang mencari bilik untuk disewa, itu nasib korang la dapat housemate yang camne.

PERATURAN RUMAH SEWA TAMAN SERI BERSERI-SERI
1- SEWA RUMAH
Korang mestilah bayar sewa pada awal bulan. Aku pun nak pakai duit juga.

2- SOLAT
Solat fardhu lima waktu mestilah didirikan di surau flat kat bawah tu je.Jika tak sempat, bolehlah berjemaah di rumah sama-sama. Pastu siapa bangun subuh dahulu, sila kejutkan yang lain.

3- KEBERSIHAN
TANDAS- Disebabkan takde tandas dalam master bedroom,so silalah tolong bersihkan tandas. Atau kita buat jadual kebersihan.
RUANG TAMU -Kalo kau baca paper/magazine/iklan tesco atau carrefour, silalah kemaskan di sudut bacaan.
TEMPAT LETAK KASUT - Ini bukan negara Barat, so sila buka kasut dahulu di luar rumah, kemudian baru angkat kasut masuk ke dalam rumah. Jangan malas sangat sampai masuk dengan kasut-kasut pastu bukak dalam rumah.
DAPUR - Kalau basuh sisa makanan, sila korek sisa makanan yang tersangkut kat sinki dan buang ke dalam beg sampah,jangan malas nak kutip sisa makanan last2 aku punya sinki tersumbat. Jijik konon, padahal pengotor nak mampos.
SAMPAH - Sampah paling lama 2 hari sekali cukuplah, tak perlulah nak tunggu ulat-ulat keluar baru nak buang huh!Kalau alang-alang nak buang sampah tu nanti, tolonglah buang kesemua yang dipanggl sampah. Toksah dok kirala ini sampah kau, ini sampah aku. Sebab sampah kau pun aku tolong buangkan.
HALAMAN RUMAH - Jika korang tinggal di rumah teres dan mempunyai halaman depan yang berumput (tak bersimen), korangkena collect maintenance untuk upah indon/india mesin rumput. Upah antara RM10-20 je.
BELAKANG RUMAH - Sesekali jengukla jugak halaman belakang rumah korang. Jika kawasan berumput atau berpotensi untuk tumbuh semak. Masukkan sekali dalam kos maintenance untuk mesin rumput jika korang malas nak cabut.
SILING - Bersihkanla sawang labah-labah kat siling rumah korang tu,melainkan korang memang bercita-cita nak jadi spider-man.

4- AURAT
Sila tutup aurat dengan sempurna. Aku harap korang dah tahu tentang batas-batas aurat lelaki dengan lelaki. Kononnya nak tunjuk cool la kalu pakai seluar boxer je depan housemate. Tak kisah la housemate ke rumah sendiri ke,walaupun itu rumah korang sendiri kalau ada orang datang maka korang wajib tutup aurat. Ingat aurat lelaki dengan lelaki ialah antara pusat dan lutut. Aku tak nak nanti ada orang datang ziarah rumah aku tengok ada orang pakai seluar pendek nampak lutut dalam rumah aku.

5- ROKOK
Korang ingat isap rokok cool? Tak cool beb. Aku benci pada rokok.

6- TELEVISYEN, RADIO, MUZIK
Kalo korang memang jenis yang suka berhibur, aku tak kisah asalkan bila nak masuk waktu, korang mula siap2 pergi mandi, ambil wuduk dan menuju ke surau yang terletak kat bawah tu je. Tapi kalo korang memang suka tengok rancangan hiburan, malam-malam tengok desperate housewife, rancangan reality show sampai waktu orang azan pun kau buat dek je. Korang boleh blah.

7- AIR DAN ELEKTRIK
Bila citer pasal bil air dan elektrik ni, ingat satu benda je iaitu Orang yang suka membazir itu bersaudara dengan setan.

8- ORANG LUAR (SEDARA MARA,KAWAN DARI LUAR)
Kalau korang nak ajak member korang datang atau depa saja datang nak melawat korang, sila bagitau aku. Sebab nanti aku nak korang cerita kepada mereka peraturan-peraturan dalam rumah ini.

9- MAJLIS TA'LIM
Kalau korang nak sewa kat rumah aku ini, korang kena bergilir-gilir baca ta'lim. Sebabnya aku tak nak jadi sombong bila aku je yang baca dan korang yang dengar. So kena gilir-gilir korang pulak yang baca dan aku yang dengar. Kita boleh mula dengan kitab fadhilat amal,nanti kita upgrade ke kitab-kitab lain seperti Riyadhus Shalihin, Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

10- Jagalah ADAB-ADAB semasa dalam rumah aku.
Antara perkara yang menyakitkan mata dan telinga aku ialah:-
- bila masuk rumah tak bagi salam
- bila ada orang bersiul, macam sial
- bila masuk jamban dengan kaki kanan
- bila minum air berdiri
- bila orang tak menghormati azan yang dilaungkan dengan bunyi tv yang kuat
- bila pakai seluar pendek nampak lutut dalam rumah aku
- bila pakai dan buka kasut dalam rumah. Habis berpasir dalam rumah.

SO, sekiranya korang setuju dengan syarat-syarat tersebut di atas. Aku dengan berbesar hati menerima korang sebagai housemate aku.

p/s: Alangkah bagusnya jika aku praktik kaedah ini semasa aku menubuhkan rumah sewa aku dulu. Disebabkan aku assume semuanya ok, akhirnya aku juga yang terpaksa makan hati berulam jantung. Susah beb nak tegur member sendiri, nak kata pun salah, tak kata pun salah. Namun syukur pada yang Kuasa, hari ini aku berpindah ke rumah sewa aku yang baru, tinggal seorang diri selama sebulan lebih lagi sebelum aku membawa pulang 'housemate' aku yang istimewa, yang akan melengkapkan kehidupan aku.

Friday, June 29, 2007

Jenguk-jenguklah

4 bulan yang lalu,di suatu sore Jumaat yang tenang, jam menunjukkan lebih kurang 7.10 minit, mampir 20 minit lagi azan akan dilaungkan menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Kelihatan kelibat seorang wanita dalam usia 30-an yang entah dari mana asalnya berdiri di hadapan pagar rumah aku dengan basikalnya sambil memberi salam 2-3 kali. Aku bergegas masuk ke bilik mencapai baju pagoda kerana aku hanya berseluar slack ofis sahaja sedang baring2 di depan tv ketika itu. Aku keluar sambil menjawab salam dan bertanya ada apa yang boleh saya bantu?

Akak tadi berkata, ‘ Err akak minta maafla adik ye. Akak cuma mintak adik kalau boleh tolong bersihkan semak-samun kat belakang rumah tu sikit ye. Sebab akak tengok macam tebal sangat dah semak kat belakang tu, bukannya apa, akak cuma takut nanti lama-lama ada ular ke lipan ke yang duk kat situ, takut la jugak kan. Anak-anak akak selalu main kat belakang tu. Kalau boleh masa hujung minggu ke tebasla sikit2. Dah tebas nanti jangan buang kat belakang pulak, kumpul-kumpul buang kat depan ni pastu bakar. Err rumput kat depan ni pun tebasla skali ek.’ Kemudian terus berlalu begitu sahaja.

Aku yang terkontang-kanting hanya sempat mengaduh, bagaikan dihujani peluru shot gun dari depan tak sempat untuk kuelak, makin lama makin terasa pedihnya di dedaun pankreas aku ini. Namun sebagai pemuda yang sabar dan mengaku akan kelemahan diri lantas menuju ke dapur lalu menjenguk melalui tingkap yang sudah sekian lama entah berapa bulan dah tidak dihiraukan. Ah sejak 8 bulan yang lalu agaknya. Sejak kitorang pindah masuk ke sini.



Rupa-rupanya selama ini aku sedang tidur, tanpa disedari bahawa nun dibelakang sana juga masih terletak dibawah tanggungjawab penghuni rumahnya iaitu aku. Keesokannya aku menuju ke kedai 'DIY' dekat dengan Projet Bangi dan membeli sepasang sarung tangan. Dengan sarung tangan itulah aku cuba membersihkan kawasan belakang tersebut dan baru kusedari walaupun masih belum bersih sepenuhnya, namun sebenarnya usaha yang sedikit sahaja mampu melapangkan kawasan yang sebelum ini aku sendiri agak takut juga untuk membersihkannya.



Manala tahu tiba-tiba keluar ular Anaconda ke, biawak comodo ke, swam thing ke. Dan masih ada 40 peratus lagi kutinggalkan berbaki, tapi untuk siapa, untuk aku la jugak sebagai aktiviti hujung minggu takkan untuk housemate aku yang dua orang lagi kot huh!



Begitulah hakikatnya, apabila tiada orang yang berani menegur kesilapan kita, selagi itulah kita akan terus dalam keadaan lalai dan alpa. Masing-masing sudah rasa bagus dan selesa apatah lagi mementingkan diri sendiri, bagai pucuk liar di hutan masing-masing melepaskan pucuk. Namun setiap manusia memang sifatnya pelupa dan memerlukan peringatan dalam kehidupan, bukankah peringatan itu memberi manfaat untuk orang yang beriman?



p/s: Sehingga kini aku tak pernah cerita perkara ini kat housemate aku. Biarlah aku sorang-sorang yang cabut semak-samun kat belakang rumah dan juga lalang-lalang di halaman hadapan rumah. Juga jika korang nampak aku buat silap atau terlupa, tolonglah tegur akan kesilapan aku. Aku insan yang pelupa.

Friday, May 25, 2007

Akukah lelaki itu?

Hari pertama kursus induksi program aku memang membosankan. Dalam kotak fikiran aku kosong rasa macam mati kutu. Suatu suasana yang aku rasa macam malas nak menghadapinya. Entah mengapa, mungkin hati aku masih memikirkan masa depan kerjaya aku, kerana pada masa itu company aku tengah menjalani proses reorganization untuk menjadi fully research center.

Ex-GM aku ada bagi galakan dan melakukan beberapa inisiatif dengan meminta semua staf di bawah divisionnya iaitu petroleum engineering group dan G&G group untuk mengemukakan pilihan samada ingin stay di tempat sekarang dan menjadi researcher ataupun mencari tempat di OPU (operating unit) lain.Aku pada masa tu memandangkan rasa macam tak berkembang, dan setelah difikir semasak-masaknya, aku memberi pilihan untuk berpindah ke KLCC iaitu bahagian operation.


Banyak pro and contra yang timbul dalam membuat keputusan sebab masing-masing mempunyai daya tarikan tersendiri.

Pro dan contra stay menjadi researcher.
+ Aku nak settle down kat area Bangi ni yang bagi aku lebih aman damai dengan majoriti masyarakat Melayu Islam.
+ Lokasi tempat kerja pun sungguh tenang, tak perlu menghadapi kesesakan lalulintas pagi-pagi dan petang-petang jika bekerja di KLCC. Juga tak perlu fikir pasal tol.
+ Kerja sebagai researcher kira tak begitu 'rush' seperti operation, lebih flexible.
+ Peluang sambung master
- Still rasa kurang exposure
- Tak banyak guidance from senior(sebab ramai senior dah blah gi Company lain, Qatar etc)
- Sume kena buat sendiri, kadang-kadang boleh lost. Kurang berkembang.

Pro dan contra pindah ke KLCC
+ Suasana kerja dan workscope yang lebih mencabar. Lebih banyak potensi diri untuk berkembang, lebih banyak belajar, more exposure, more travelling, more training, more practical.
+ Kepuasan bekerja yang lebih.
+ Suasana kerja yang memberangsangkan, berpandukan pengalaman attachment aku bekerja di KLCC untuk beberapa projek yang ada 3 minggu dan ada yang 3 bulan. Aku rasa lebih fully utilized.
- Hari-hari kena jem. Banyak masa atas jalanraya.
- Mungkin memenatkan sedikit. But later aku rasa ok je, alah bisa tegal biasa, no pain no gain.

SO, what's the result?

Akhirnya walaupun hampir kesemua staf PE nak pindah ke KLCC, keputusannya tak seorang pun diluluskanoleh management HAHA. Maka terpaksalah aku ubah mindset aku semula untuk menjadi researcher kat Bangi ini bersandarkan kepada pros yang aku nyatakan tadi. Masih terkial-kial menyiapkan literature study. Haritu dah present, tapi nampaknya ada kena tambah beberapa skop lagi untuk memantopkan lagi literature study aku ini. Faster Zim Faster!

Berbalik kepada hari pertama induksi aku kat multinational company ini, ada seorang senior satu group dengan aku juga baru nak gi induction sebab sebelum ni contract staff. Memandangkan lokasi program kitorang dekat dengan ofis, Senior aku pun ajak la senior lagi sorang kat ofis kuar minum petang dengan aku sekali.

Sambil dengar depa borak pasal ada company offer triple gaji kat dia, si Nul (senior tadi) tanya kat aku bila nak kawin Zim?

Aku cakap masih mencari. Dia pun kata kat aku janganlah memilih sangat. Kalaulah sume lelaki yang BAIK duk pilih perempuan yang baik-baik sahaja, nanti perempuan yang sederhana baik takde lelaki yang akan bimbing diorang ke jalan yang benar.

Aku hanya tersenyum sahaja. Malas nak fikir, sebab aku tengah fikir macamana nak hadapi induksi selama 2 bulan ini.

Kemudian apabila aku fikir balik apa yang Nul kata tu, aku rasa ada betulnya. Korang rasa bagaimana? Aku rasa ada relevannya TAPI.......

Macamana kita nak menilai seseorang itu baik atau tidak? Baik sangatkah aku ini? Akukah lelaki yang terhangat di pasaran masa ini? Aku pun tak tahu...

Pernah dengar tak perkataan 'kufu' atau 'sekufu'? Bagus.Mari kita renung sejenak akan firman Allah swt dalam surah Nur ayat 26 yang bermaksud:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."

Juga, selalu kita dengar kata-kata ' Usahlah impikan wanita semulia Fatimah seandainya dirimu tidak sehebat Ali','tidak perlu mencari teman secantik Balqis jika diri tak seindah Sulaiman' dan
lain-lain. Maksudnya silalah ukur baju di badan sendiri dahulu. Ada orang nak pilih calon isteri yang solehah sahaja tapi diri sendiri tak soleh.

Tapi yang solehah itu macam mana? Dan yang soleh pulak bagaimana? Kalau yang solehah tu mesti pakai tudung labuh, tutup aurat sempurna, jalan tunduk-tunduk ke?Korang rasa bagaimana?

Ada pulak yang kata walaupun awek/tunang aku tu pakai t-shirt lengan pendek, pakai jeans ketat-ketat keluar rumah tapi dia baik hati, berbudi bahasa dan hormat kat orang tua, selalu telepon aku kejutkan bangun sembahyang subuh. Baguslah tu. Ada juga kawan aku yang dulu memang liat solat, tapi bila dah ada awek(walaupon awek dia seksi) tapi aku tengok ada banyak perubahan bila dah mula solat walaupun kadang-kadang di penghujung waktu.

Aku tidak sangka buruk kat depa, siapalah aku nak semak amalan orang sedangkan diriku sendiri pun belum pasti.Bak kata Mufti Perlis apabila seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya "Adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?"

Mufti tersebut memberitahu kepadanya: "Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka".

Akupun bukan nak menghukum jika korang (wanita) tak menutup aurat dengan sempurna, cuma di sana ada dinyatakan kaedah, ada dalil-dalil tentang perintah menutup aurat dengan sempurna dan balasan kepada mereka yang mengingkarinya.

Dato' Hassan Din pernah berkata bahawa tak semestinya wanita yang bertudung itu baik, tetapi wanita yang baik pasti akan bertudung.Kiasannya sama juga, tak semestinya yang tutup aurat dengan sempurna itu baik (sebab ada juga yang pakai sedemikian tapi penipu dan pencuri, tapi ini kes terpencil), TETAPI wanita yang baik dan solehah pasti akan menutup aurat dengan sempurna.

SO. Apakah point yang utama di sini?

Apa yang aku nak nasihatkan diriku dan kawan-kawan semua bahawa sebagai orang awam, tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Kita akan mendapat pasangan yang sesuai dengan diri kita. Bak kata Dr Fadhilah Kamsah,jika kita ingin melihat peribadi seseorang, lihat kepada pasangannya.

Sebelum kita menilai pasangan kita, nilailah diri kita terlebih dahulu. Jika ingin mendapat pasangan yang solehah, solehkanlah diri kita terlebih dahulu. Sekiranya masing-masing mempunyai banyak kekurangan terutamanya dalam ilmu agama, bincanglah bersama bagaimana agama dalam diri kita dapat dimajukan. Kawin memang seronok, tapi jangan kerana asyiq sangat menikmati keseronokan tersebut sehingga dah kawin 10-15 tahun pun si isteri tak pandai mengaji al-quran lagi, sudah anak 5 tapi masih tak tahu cara menyucikan najis, anak kencing dalam seluar pun main sumbat je dalam washing machine basuh sekali dengan pakaian kita yang kita pakai dalam solat. Kadang-kadang bukannya sebab apa, sebab si suami sendiri pun merangkak-rangkak mengaji quran.

p/s: Biasa korang mengaji al-quran dalam sehari berapa helai?

Friday, May 11, 2007

Sinchan Dik Cerdas the Movie

(kisah yang penuh fantasi)

Dua hari lepas, tengah godek-godek pc aku, tetiba terjumpa sebuah kisah yang aku karang pada hari-hari terakhir aku tinggal bersama sekumpulan bebudak bujang yang begitu fanataik dengan bisnes MLM (Meniaga Larut Malam). Nantilah aku citer kemudian pengalaman aku ketika hari-hari pertama perjalananku menjejakkan kaki ke Bandar Baru Bangi ini.

Perhatian! Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah mati mahupun yang pengsan apatah lagi yang tengah koma.



Sinchan Dik Cerdas The Movie : Pengembaraan To Bangi

Kali ini Sinchan mempunyai suatu tugas yang amat kritikal kerana terpaksa berpisah dengan familinya untuk menuju ke sebuah tempat yang penuh dengan hipokrasi, birokrasi dan motivasi.

Sinchan tidak mendapat sebarang petunjuk mahupun sebarang peta untuk ke Bangi. Apa yang ada cumalah kata-kata seorang tua di kaki gunung supaya memulakan perjalanan di suatu anak sungai di sebelah matahari terbit. Di sana nanti, akan ada orang yang dapat memberi panduan arah ke Bangi.

Dengan berbekalkan spirulina Lux** sebanyak 2000 pv, Sinchan pun memulakan perjalanannya dengan seekor kuda yang berbelang di punggungnya. Sekonyong-konyongnya,setelah dua pusingan album raya dipasang dari mp3 playernya maka tibalah Sinchan di sebuah anak sungai yang diterangkan oleh orang tua di kaki gunung tadi.

Di seberang anak sungai tersebut amat aneh sekali kerana tiada satu pun pokok yang tingginya melebihi paras lutut.Setelah diperhatikan sekelilingnya, Sinchan ternampak suatu lembaga berpakaian hitam lusuh yang sedang mencangkung dari belakang. Setelah hampir 30 minit memerhatikan lembaga tersebut, dengan tidak semena-mena lembaga tersebut pun bangun dan berpusing menuju ke anak sungai.

Tanpa disedari akan kehadiran Sinchan, lembaga tersebut ingin melakukan sesuatu sebelum terkejut dek bunyi kuda Sinchan yang baru lepas minum air.

Tanpa membuang masa, Sinchan pun segera mendekati lembaga tersebut. Alangkah terkejut beruk Sinchan apabila mendapati lembaga tersebut ialah orang tua di kaki gunung.

‘Itu Abang Long akulah. Nama dia Surek. Nama aku Saruk. Kau nak mende?’ Tanya orang tua yang bernama Saruk itu.

Setelah dijelaskan tentang hajatnya untuk ke Bangi, barulah Saruk faham dan memberi panduan arah destinasi Sinchan.

‘Jalan dia sonang jo Sinchan. Depan kau ini ialah sebuah padang rumput ragut yang terbesar di dunia.Kau jalan je ikut matahari terbenam ni, nanti kau akan jumpa seekor kambing di tengah-tengah padang. Aku pun dah lupe jalan mana satu. Tapi jangan bimbang, kau bagi je sebotol spirulina Lux** 100 tablet kat kambing, nanti dia akan bawa kau sampai ke sebuah hutan pokok getah yang tertebal di Asia. Pastu kau jalan aje merentasi hutan tu sampai keluar hutan. Tapi berhati-hati kerana hutan tu berhantu dan mempunyai haiwan buas. Ingat! Walau apapun yang terjadi, itu semua hanyalah cobaan. Lepas aje hutan, kau akan lalui sebuah padang pasir yang mana kau akan nampak sebuah piramid. Kau pegi jumpa orang kat piramid tu. Dia boleh tolong kau.Nanti kau bagi dia Spirulina 1000 tablet sebotol pastu spirulina 300 tablet sebotol. Ingat pesananku dan selamat berjaya wahai orang muda.HAHAHA!’ Pesan Saruk panjang lebar lalu menghilangkan diri entah ke mana.

Sinchan memulakan perjalanannya kembali ketika matahari terbit setelah terlena di tepi anak sungai. Maka bergeraklah Sinchan bersama kudanya menuju ke tengah padang ragut sambil mencari kambing yang kononnya hanya ada seekor sahaja kambing di padang ragut itu.

Hampir tengah hari, matahari semakin memacak di atas kepala, sinaran matahari seolah-olah menggigit-gigit kulit lengannya yang terdedah. Tapi takpe, aku dah pakai pelindung sinar uv Lux**, bisik hati kecilnya sambil menyanyi lagu Hindustan.

Tiba-tiba kedengaran suatu bunyi yang dinanti-nanti. Sah bunyi kambing mengembek. Bek!Bek! Nun di sana, dari kejauhan lagi terpantul sinar cahaya oleh tanduk kambing yang berkilat seperti krom 13CR Alloy. Tiba sahaja berhampiran kambing tersebut, Sinchan terpekik sambil berlari kerana dikejar kambing yang ingin menanduknya. Teringat akan pesan Saruk, dengan jurus hikmat ‘Membelah 7 Petala Langit Menusuk 7 Petala Bumi Peringkat 55 Kuasa Ultra’, Sinchan melempar dengan tepat botol Spirulina 100 tablet masuk ke dalam mulut kambing.

Kambing tersebut menggelupur kerana tercekik botol spirulina tadi. Dek kasihan kat kambing itu, Sinchan pun lantas menepuk kepala kambing dengan helmet silvernya. Sekali hempuk sahaja, botol spirulina tadi pun terkeluar dengan kambing yang masih tercungap-cungap menarik nafas. Padan muka kau, bisik Sinchan.

Tanpa disuruh, kambing tersebut memandang ke arah Sinchan sambil mengembek 14 kali. Bek!Bek!Bek! darab 14. Seolah-olah faham dengan isyarat kambing yang mula berjalan, Sinchan pun menunggang kembali kuda sambil menuruti kambing. Ternyata kambing itu membawanya ke tepi sebuah hutan pokok getah. Inilah dia! Setelah diberi sebotol lagi spirulina 100 tablet, kambing tersebut pun beredar setelah sekali lagi mengembek sebanyak 14 kali sehingga suaranya serak. Kesian kambing.

Kini tinggal Sinchan dan kudanya berhadapkan hutan pokok getah berhantu. Suasana di dalam hutan yang suram gelap dan dingin menambahkan lagi keseramannya walaupun ayam serama di kampungnya mati digilis lori balak.

‘Walauapapun yang datang, itu semua hanyalah cobaan!’. Bertekadkan semangat Suria Perkasa Hitam dan Belalang Tempur, Sinchan melangkah masuk ke hutan pokok getah berhantu bersama teman setianya kuda.

Suasana yang sememangya sejuk sentiasa memeranjatkan lagi apabila buah-buah getah yang matang meletup dengan sendirinya, apatah lagi hanya meletup berhampiran tempat yang dilaluinya sahaja. Cobaan.

Hati Sinchan semakin berdebar dengan kencangnya apabila dari jauh dia mendapati ada satu lembaga yang sedang berdiri di tepi jalan laluan sambil melambai-lambai supaya berhenti.

‘Dei macha! You mana mau pigi?’ Tanya lembaga tersebut yang sememangnya hantu. Sinchan hanya mendiamkan diri.

‘Gua mau pigi minum kat maple As-Salam. Mau ikut sama ka macha?’Tanya hantu lagi.

‘Tarak mau takpalah. Chit poodah!’ Kata hantu lalu terbang pergi sambil menyanyi lagu Tamil ‘Mustoffa-mustoffa’.

Kuda Sinchan lemah semangat dan tak larat untuk bawa Sinchan. Sambil mengheret kuda, Sinchan meneruskan langkah dengan penuh hati-hati kerana cobaan yang mendatang mungkin lebih dahsyat dan mengerikan lagi.

Sambil menyanyikan lagu ‘Nyet-nyet semut siapa sakit dia naik atas’, Sinchan tiba-tiba berhenti kerana pokok getah di hadapannya bergegar seolah ada orang yang melompat-lompat kat atas pokok. Benar tekaan Sinchan, ada seekor monyet sedang terlompat-lompat seperti termakan cili. Sinchan ketawa melihat gelagat monyet tersebut.

Melihat dirinya diketawakan Sinchan, tiba-tiba monyet meraung sekuat hatinya. Wuukwuuk waakwaak! Walaupun badannya kecil tetapi suara monyet bergema ke seluruh hutan dan terus bergema selama 70 saat dengan frekuensi 552 dsb.

Sedar sesuatu akan berlaku, Sinchan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang mendatang. Suasana menjadi sunyi sepi seketika sambil memerhatikan sekelilingnya termasuk monyet yang turut memerhatikan Sinchan kembali dengan senyuman yang lebar.

Dari jauh Sinchan dapat mendengar bunyi seperti orang berdengus kuat dari arah belakangnya. Bunyi dengusan itu semakin lama semakin kuat dan semakin dekat.

Sinchan menjeling kudanya memberi isyarat supaya bersiap sedia. Maka terjadilah,

Oik! Oik! Oik! Whoosh!

Lari! Jerit Sinchan kepada kudanya sambil membuka langkah seribu.

Tanpa menoleh ke belakang, Sinchan dan kudanya masing-masing lari seperti Watson Nyambek, namun bunyi benda yang mengejar mereka seolah-olah semakin dekat.

Sinchan nekad untuk menoleh ke belakang untuk memastikan benda yang mengejar mereka dengan rakus itu. Sinchan sekali lagi terkejut beruk dan takut gila babi kerana benda yang mengejar mereka ialah seekor babi hutan albino yang berbulu putih dan bermata merah. Seram melihat taring dan hidung sondol babi hutan itu Sinchan memecutkan lagi lariannya sambil menjerit ‘Mak. Tolong!’.

Hampir 3 jam mereka berkejaran namun masih belum ketemu penghujungnya. Sinchan sudah kehabisan tenaga, begitu juga dengan kudanya apatah lagi si babi hutan yang mengejar mereka.

Hero mana boleh kalah. Di hadapan, Sinchan tersenyum kerana dia ternampak cahaya kecil jauh di depannya menandakan mereka hampir tiba di penghujung hutan sial itu. Cahaya semakin terang dan terang dan akhirnya mereka telah melepasi hutan puaka itu meninggalkan babi hutan gila yang tidak boleh keluar dari kawasan hutan pokok getah itu.

‘Nasib baik kau tak boleh keluar dari hutan. Kalau tak mati aku dikejar kau’ . Kata Sinchan sambil bersorak gembira bersama kudanya yang sudah putih mata namun masih boleh tersengih.

Hari semakin gelap. Sinchan meneruskan pengembaraannya dalam kehausan yang amat sangat. Barulah dia sedar bahawa dia sudah berada di padang pasir yang diceritakan Saruk. Dalam keadaan kering dan ribut pasir yang samar-samar, Sinchan ternampak sebuah bangunan yang besar. ‘Inilah dia piramid itu! ‘Cepat kuda, mana tau ada air boleh minum. Kalau ada orang jual maggie, boleh rebus masak maggie’. Kuda hanya tersengih saja walaupun penat dikejar babi masih belum hilang.

‘Slamekom!Slamekom! Ada orang tak?’ Laung Sinchan di pintu piramid.

Tiba-tiba pintu piramid yang diperbuat daripada batu itu pun terbuka sedikit demi sedikit.

‘Wa’alaikum salam. Masuklah kalau tak malu.’ Kedengaran suara dari dalam piramid.

Sinchan memberanikan diri masuk ke dalam piramid. Setelah beberapa minit kemudian muncul seorang lelaki berpakaian ala raja mesir purba.

‘Pakcik tuan rumah ni ke? Besar betul rumah ni. Ada bilik kosong tak, saya ingat nak sewalah dua tiga bulan. Boleh tak? Kata Sinchan.

Orang itu tidak menjawab, cuma bermain dengan telefon bimbitnya sahaja.

‘Maafkan saya. Nama saya Sinchan. Saya ada bawa hadiah untuk pak cik.’ Kata Sinchan lagi sambil menghulurkan sebotol spirulina 1000 tablet dan 300 tablet.

‘Terima kasihlah. Baik betul kau. Nama pakcik Ramsis. Ini bukan rumah pakcik. Pakcik sedang buat Civil Engineering kat sini. Buatlah macam rumah sendiri. Kau boleh berehat seketika kat sini. Pakcik ada assignment nak buat. Jalan nak ke Bangi, kau ikut je arah timur, nanti kau akan jumpa satu rumah kebajikan. Ada sorang budak gemuk yang boleh tolong kau.Take care.’Kata Ramsis sambil beredar.

‘Tapi macamana pakcik boleh tau saya nak ke Bangi?’ Tanya Sinchan hairan.

‘Tadi Saruk hantar sms kat aku. Hahahaha.’ Jelas Ramsis sambil menayangkan handsetnya.

Malam itu Sinchan bermalam di piramid selepas makan maggie kari dan kudanya pula makan maggie asam laksa. Selera syiot.Sorang 3 bungkus.Beli kat 7-Eleven kirim ngan Ramsis.

Hari ketiga perjalanan Sinchan bermula seawal 6 pagi seusai Subuh.Untuk mendapatkan tenaga dan kecerdasan yang maksima, Sinchan dan kudanya minum secawan kopi Tongkat Ali Power Root keluaran Orang Kampung.

Sinchan meneruskan perjalanan ke arah Timur seperti yang dimaklumkan oleh Ramsis dengan semangat yang berkobar-kobar. Kali ini Sinchan telah memaksa kudanya pulak menyanyikan lagu bagi menghiburkan hati sepanjang perjalanan. Dengan hidung yang kembang-kempis, si kuda telah menyanyikan 11 buah lagu Backstreet boys dan 7 lagu dangdut Iwan. Tak sia-sia Sinchan belanja Maggie asam laksa kat kuda.

Dua kali konyong-konyongnya, tibalah mereka di sebuah bangunan yang mempunyai papan tanda ‘No 7-1-12, Rumah Kebajikan Seri Tanjong’. Walaupun sunyi sepi macam takde orang, tetapi kawasan persekitarannya memang bersih. Lantainya berkilat seperti baru dimop, cermin tingkap pun bersih, pendek kata tak ada sikit pun debu yang melekat kat mana-mana tempat. Terdetik di hati Sinchan mungkin kawasan orang bunian. Kalau bunian takpe juga boleh kahwin ngan orang bunian.

Namun begitu, Sinchan begitu yakin bahawa ada hidupan yang bernama manusia tinggal di situ berdasarkan wujudnya ampaian jemuran yang terdiri daripada seluar jeans Levi’s, t-shirt, boxer, kemeja petak-petak dan kain pelikat.

‘May I help you young man?’

Terkejut Sinchan apabila disapa oleh seorang pakcik tua yang berpakaian silat lengkap dengan keris hitam bersepuh emas sambil menghisap rokok daun.

‘Err, pakcik kenal tak ada seorang budak gemuk yang tinggal di sini? Saya kawan dia. Dah lama tak jumpa dia’.Jawab Sinchan sambil mengenyit mata pada kuda.

‘Ooh, anak ni kawan Smikul. Tapi tak nampak down pun. Takpelah nanti pak cik kejutkan dia. Pukul 12, tak bangun lagi ni. Biasa pukul 6 petang baru bangun. Semalam pergi sponsor prospek, Meniaga Larut Malam la katakan. Tunggu kejap ye.’Kata pakcik sambil beredar.

Hampir 1 jam menunggu, barulah kelihatan sekujur tubuh yang kus semangat datang menghampiri Sinchan.

‘Hai, my name is Smikul. Precious...ss’. Sapa Smikul.

‘Hai, mere naam Sinchan and this is Kuda. Actually...’.Belum sempat Sinchan meneruskan percakapannya, Smikul telah memotong percakapannya.

‘Hari ini, kalau kambing makan rumput, itu perkara biasa. Hari ini kalau burung bisa terbang, itu perkara biasa. Hari ini kalau hantu makan nasi, itu perkara biasa. Bla bla bla bla .Hari ini.... bla bla........perkara biasa.Bla bla bla.......Buang masa belajar bla. Habis duit mak bapak....nak jadi civil engineer konon....bla...gaji berape sangat dengan ijazah tu apatah lagi ngan diploma bla bla.....baik kau toksah belajar Kobil. Bla bla kang kena reject kang...orang sekarang nak cari duit....duit segala-galanya.....Pasti ah! Hari ni bang dok...bla bla gaji lima angka ah... amende iBo** pergi mampus kau punya downline upline online outline dan lain-lain.Bla bla baik kau ikut aku bla bla rugi tak ikut cakap aku....ingat tidur boleh berjaya....bla bla ini baru life....bla bla........’

BEDEBUK!

‘Kau nak cakap ke aku yang nak cakap hah! Aku nak tanya mana arah nak pergi Bangi. Yang kau pergi merepek macam orang sesat akal buat ape tak skool punya budak. Cakap biar pakai akal. Baik kau bagitau mana jalan nak gi Bangi. Kalau tak aku bagi sebiji lagi benjol kat dahi. Nak tak!!’ Geram Sinchan.

‘Tak nak bang. Huwaa. Sori bang, isk isk. Abang jalan terus je ikut jalan ni, nanti sampai kat sebuah tasik. Pastu sampai kat lampu isyarat abang belok kanan. Pergi lurus jumpa roundabout masuk simpang pertama singgah kat Destina. Nanti Abang call la member abang tu. Rumah dia dekat tu je isk,isk.’ Jawab Smikul teresak-esak sambil sesekali mengelap airmata dan air liurnya.

‘Dah dah, jangan menangis. Nah amik coklat ni. Lain kali jangan cakap merapu lagi. Nanti aku sunat kau sekali lagi. Tak guna kalau kau ada duit tapi takde ilmu, lebih-lebih lagi ilmu yang membawa kejayaan kat akhirat. Apa yang lifenya kalu semayang 5 waktu ngko entah ke mana? Rezeki yang ngko dapat pun belum pasti halal-haramnya. Aku tengok macam bukan mlm, tapi macam 'money game' je.Ingat jadi jutawan tapi kalo tak semayang boleh berjaya kat akhirat?’ Nasihat Sinchan.

‘Minta ampun bang. Terima kasih bang. Saya taubat dah bang. Saya nak jadi jutawan yang beriman, boleh kan bang.’ Ikrar Smikul.

‘Bagus sekali, tak kira miskin atau jutawan, yang penting beriman. Semayang kena jaga, kena azam berjemaah kat surau/masjid hari-hari. Taat perintah Allah, ikut apa yang nabi ajar, baru boleh berjaya.’. Kata Sinchan sambil menaiki kuda dan menuju ke tasik Cempaka.

Destinasi Sinchan hampir tiba. Setelah mengikut segala arah yang diterangkan oleh Smikul, akhirnya Sinchan berjaya menjejakkan kakinya di Destina.

‘Hello Pek, aku kat Destina kat roundabout ni. Ambil aku jap, aku tak tau rumah kau kat mane. Okeh’. Sinchan menelepon membernya Pekan di pondok telepon.

Tiba-tiba pandangan Sinchan berpinar-pinar seolah-olah memutarkan badannya 648 kali.Sinchan jatuh tersungkur dari atas kuda, rebah dan tidak sedarkan diri.

Tenenenet! Tenenenet! Tenenenet!

Alarm handset berbunyi. Jam handset menunjukkan jam pukul 6 pagi. Sinchan terkejut besar bila tersedar dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya. Lebih terkejut lagi bila melihat seorang budak yang berwajah mirip Smikul sedang teresak-esak menangis disamping tempat tidurnya sambil menyapu bengkak di dahinya yang kemerahan. Opps..........

Aku kat mana ni..........?!!

p/s: Lama tak dengar khabar Pekan, Che Muk, Juki, Buah getah, Ibab, dan bebudak 'meniaga larut malam' .

Thursday, May 10, 2007

Kenapa Aku Tak Tengok Wayang

Di suatu pagi nan indah, sebiji email telah masuk ke dalam peti masuk aku.

Title: Jangan Pandang Belakang
'Semalam aku gi tengok wayang citer Jangan Pandang Belakang kat Galaxy depan umah aku tu. Seram giler citer dia, sampai ada yang melatah-latah pun ada terkejut. Dia punya stuntman pun ada yang meninggal sorang masa penggambaran tu'.


reply from X 'Iye ke? Kau pergi dengan awek mana tu? Ha kantoi.'
reply from X2 'Ntah, siap berkepit lagi tu hehe.'
reply from owner 'Aku gi sorang-sorang je la. pergila tengok kira best jugakla.'
reply from X1 'bla bla bla bla........blah
End of the episode 1.

Pada suatu hari sabtu tahun 1996, jam hampir 11 pagi. Seorang budak yang selamber rock sedang sekonyong-konyongnya menuju ke sebuah panggung wayang gambar alias pawagam LIDO yang terletak di sebelah Sungai Kelantan. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk melihat sejauh manakah kesedapan dan keseronokan menonton filem AWAS da movie lakonan kumpulan KRU yang diwar-warkan oleh kawan-kawannya di sekolah dalam tingkatan tiga itu. Sememangnya kumpulan KRU pada masa itu menjadi pujaan para remaja dengan imej rap dengan jeans besar serta gaya mereka yang tersendiri. Oh biarku dengan jeans biruku- kata yusry KRU.

Dengan rasa tidak ingin ketinggalan berbanding rakan-rakan yang lain. Dia terus menyusur membelah lautan manusia yang membanjiri perkarangan pawagam LIDO untuk mendapatkan tiket. Namun hampa kerana barisan di hadapan kaunter tersangatlah panjang. Yang kedengaran hanyalah laungan 'teket teket' oleh ulat tiket yang menjualnya dengan harga RM 5 berbanding harga di kaunter RM 3. Waktu tayangan sudah hampir bermula dalam 15 minit lagi. Arrgh. Akhirnya terpaksalah dia korbankan juga membeli dengan ulat tiket tadi.

"4 ghiyal buleh bang?", tanya budak itu.
"Tokleh dik. Oghe ghama nok ni", balas ulat itu.
"Bulehla bang. Nak start doh tu" budak tu masih menegotiate.
"Oklah 4 ghiya", ulat itu setuju kesian melihat budak itu.

Maka masuklah si budak itu dengan hati yang berdebar-debar. Penuh sesak dalam panggung itu dengan para pemuda tiang negara pemudi harapan bangsa menyebabkan dia terpaksa duduk di seat terkehadapan sekali. Tayangan pun bermula. Sekali-sekala suasana menjadi gamat dengan sorakan penonton melihat adegan-adegan pujaan mereka hinggalah ending of the movie.

Pintu keluar pun dibuka dan pengunjung-pengunjung berkerumun sambil menolak-nolak, berasak-asak untuk keluar. Tidak kurang juga jeritan gadis-gadis memarahi tangan-tangan yang cuba mengambil kesempatan. Tapi si budak tadi masih berada di belakang jauh dari kerumunan manusia sambil memerhati gelagat manusia. Setelah keadaan mulai surut maka keluarlah dia ke tengah sinaran cahaya sang suria setelah berada dalam kegelapan pawagam, menuju ke surau berdekatan untuk menunaikan solat Zohor sebelum pulang ke rumah sambil terbelenggu di fikirannya akan satu perkara yang menyebabkannya fobia sehingga kini.
'Ya Allah.Apakah yang telah aku lakukan ini?'. Itulah kali pertama dan terakhir dia menjejakkan kakinya ke pawagam.

Sejak hari itu, dia telah nekad dan membuat keputusan tidak akan menjejakkan kakinya lagi ke panggung wayang gambar.
End of episode 2.

Hari ini panggung wayang masih dibanjiri manusia-manusia yang kononnya ingin mencari ketenangan sambil melepaskan batuk di tangga pawagam setelah berpenat lelah bekerja siang dan malam sepanjang hari minggu. Namun masjid-masjid dan surau-surau kian sunyi kian sepi dipenuhi tahi cicakman. Majlis-majlis ilmu kian suram, yang kelihatan hanyalah wajah-wajah warga emas yang setia mendengar sambil menghabiskan sisa hidup di dunia yang fanaa ini.

Aktiviti perfileman kian giat dijalankan. Begitu juga dengan industri hiburan tanah air. Anak-anak muda berbondong-bondong mengasah bakat menyanyi dan berlakon meninggalkan muqaddam dan al-quran yang kian berhabuk. Anak-anak muda serta mak bapak sekali lebih mengenali apa itu pitching, apa itu vibrator, bagaimana memilih lagu, bagaimana menghayati lagu dan persembahan. Namun anak-anak muda sudah tidak mengenali apa itu tajwid, apa itu makhraj, apa itu izhar ikhfa' idgham dan apa itu iqlab. Makbapak pula lebih suka menghayati persembahan lagu, konsert realiti dan filem bollywood sehingga tidak segan silu menangis teresak-esak sampai keluar hingus. Namun bila baca quran takdela pulak rasa nak menangis ke bila baca sampai pada ayat tentang balasan azab bagi mereka yang kufur nikmat Allah sedangkan nabi menyuruh kita menangis apabila membaca al-quran. xleh menangis pun kena buat-buat menangis.

Camne nak nangis Zim, baca pun tidak, kalau baca pun merangkak-rangkak apatah lagi nak berusaha memahami maknanya huh.

Argh nampaknya aku berleter lagi. Lalu aku meneruskan coretan aku dengan 7 Sebab Kenapa Aku tak Tengok Wayang.
1- Aku tak nak bazir duit aku. Sekarang ni baper ek harga tiket wayang? aku rasa ada dalam 10 ringgit kot. Kalo sekurang-kurangnya aku tonton wayang seminggu sekali, bermakna aku dah membelanjakan sebanyak RM 520 dalam setahun. Kalo 3 tahun dah RM 1560. Hm lebih kurang 1/10 wang belanja untuk menunaikan haji.Nanti bila Allah tanya di mana aku belanjakan wang dan harta aku kat dunia dulu. Aku malu nak jawab yang aku telah belanja sebahagian harta aku untuk menonton wayang oh.

2- Aku tak nak bazir masa. Lagipun nanti kalo Allah tanya di mana aku habiskan usia muda remaja aku. Aku rasa malu nak jawab aku dah habis banyak masa kat panggung wayang gambar oh.

3- Aku tak nak support industri hiburan. Dah la aku kerja penat-penat last-last habis begitu sahaja. Bukan sahaja habis begitu sahaja malah setiap ringgit yang aku bayar seolah-olah aku membayar gaji untuk merosakkan masa depan anak-anak aku dan generasi umat Islam. Bagaimanakah suasana iman dan suasana agama dapat diwujudkan selagi muda-mudi lebih suka ke pawagam daripada pergi ke masjid?

4- Tiada manfaat sedikitpun terhadap akhirat aku.Bapak aku selalu pesan supaya hindari dari bersama golongan yang mensia-siakan masa mereka dengan lepak berbual kosong, cerita yang sedikitpun tidak boleh mengajak kepada amalan dan meningkatkan iman. Sebaliknya carilah teman-teman serta berdampinglah dengan golongan-golongan yang mana bila bersama
mereka hati akan teringat akan Allah dan hari akhirat, iman meningkat, ilmu bertambah dan mendapat jazbah untuk beramal.

5- Cukuplah sekali aku merasainya. Ingat lagi tak sirah nabi Muhammad SAW bilamana ketika baginda di peringkat awal remaja dan diajak ke sebuah pesta keramaian. Lalu Allah menjadikan baginda merasa mengantuk yang amat sangat sehingga tertidur dengan nyenyaknya. Setelah pesta tersebut selesai barulah baginda terjaga dari lenanya. Menunjukkan bagaimana Allah hendak memelihara baginda dari sebarang maksiat sehingga pergi saja pun tak boleh.

6- Aku takut iman aku hilang. Dah la iman aku lemah. Nabi kata jika kita melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan tangan, jika tak mampu cegahlah dengan lisan, jika tak mampu cegahlah dengan hati, itulah selemah-lemah iman. Tapi kalu kemungkaran berlaku depan mata, muda-mudi yang ajnabi berpegangan tangan, berpelukan dalam pawagam, lentok kepala dekat bahu balaknya,orang lain tengok wayang depa buat wayang, tapi kita masih tak berasa apa-apa, bagaimana iman kita pada masa itu?

7- Aku nak ajak diri aku buat perkara makruf dan cegah diri aku buat perkara mungkar.
Nabi pernah bertanya kepada para sahabat. Bagaimanakah keadaan kamu nanti apabila amar makruf nahi mungkar ditinggalkan? Para sahabat bertanya 'akan terjadikah sedemikian rupa?' Nabi menjawab 'Ya, malah lebih dahsyat daripada itu. Para sahabat bertanya 'Bagaimana?'
Jawab nabi 'Apabila perkara mungkar dilihat sebagai makruf dan perkara makruf dilihat sebagai mungkar.Para sahabat bertanya 'akan terjadikah sedemikian rupa?' Nabi menjawab 'Ya, malah lebih dahsyat daripada itu lagi. Para sahabat bertanya 'Bagaimana?'
Jawab nabi,' Apabila mereka menyuruh kepada kemungkaran dan mencegah melakukan kebaikan.

Minta maaf. Tulisan aku ini bukan berniat untuk mengutuk korang yang selalu ke panggung wayang. Aku hormat pendirian korang. Aku cuma menyatakan pendirian aku sahaja. Cuma aku kadang-kadang sedih tengok kawan-kawan aku yang sanggup berpenat lelah naik moto, keta, komuter, bayar tiket bayar duit minyak bayar tol bayar tiket wayang lagi. Tapi tak pernah pun berusaha nak pergi surau di taman perumahan ini. Free je xperlu bayar tiket pun!

Kalo pegi tengok wayang sorang-sorang ok cikit, tapi siap bawak anak dara orang, bawak tunang pergi kuliah kat panggung wayang bertambah lagilah belanja harta yang Allah bagi dekat korang kat restoran makanan segera, beli pop corn, beli air. Dan bertambah solehahlah bakal isteri korang tu.

Zim, aku tengok ada pasangan yang alim pun gi tengok wayang jugak. Student fakulti Islam pun tengok wayang jugak.

Ish ada ke? Macam pernah terbaca juga kat blog student mesir yang kata member2 dia pun ada juga yang rajin ke panggung wayang ops. Aku sangka baik ajela mungkin depa tengah buat kajian ilmiah ke tak pun buat thesis kot hehe. Tapi ustaz aku ajar jika nak cari guru, carilah guru yang murshid, yang beramal dengan ilmunya dan mengamalkan sunnah nabi dalam kehidupan hariannya. Bukan yang belajar ilmu untuk menunjukkan yang dia alim.

p/s: Aku sangat respect tabik spring kalo korang boleh pi tengok wayang, tapi boleh istiqomah solat subuh berjemaah di masjid/surau.

Thursday, April 26, 2007

Tok De

Atok...Ooo Atok..Atok tengah buat apa tu? Atok tengah taip blog ek. Tulis pasal apa?

Uhuk uhuk..Atok tengah tulis pasal kamula ni. Atok belum kawin lagi dah jadi Atok dah hehe.

Aik? Atok belum kawin tapi dah jadi Atok, camne tuh?

Bukan Atok betul2, Atok sedara la. Kamu ni cucu sedara Atok. Ish salah panggil Atok ni, Atok kamu ialah bapak mak kamu. Yang ini kamu kena panggil Tok De, paham!

Paham Tok De.

Bagus cucu sedara aku.

Saja merepek kejap. Alhamdulillah, anak sedara aku yang sulong telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pagi Sabtu 14 April 2007 yang lalu. Anak-anak buah sume panggil aku Pak De, manakala adik-adik aku panggil AiDe (I-The). Ai-abang manakala De- gelaran macam Ude la kot.

Panggilan dalam adik-beradik untuk orang Cham lebih kurang sama je dengan orang Melayu.
Panggilan adik-beradik dalam ChamLong - Ngah - Wan - De - Teh - Tam - Neh - Sid - Su.

Kalau Melayu pulak
Long - Ngah - Lang - Anjang - Uda - Andak - Teh - Tam - Chik - Su(kalau salah tolong betulkan-aku tak sempat nak buat research pasal ni)

Pesan Tok De buat kamu wahai Mohd Faris Farhan B Ishak. Bersedialah untuk menghadapi zaman yang penuh pancaroba ini dengan iman dan taqwa. Jadilah seperti ikan, walau semasin manapun air laut isinya tetap tawar.

Meh sini Tok De nak belajar dukung bayi baru lahir.

p/s: Sempatla juga azan dan iqamatkan cucu sedara aku ni. Belajar-belajar hehe. Macam mana progress korang nak jadi pemimpin tu? Semoga mantop semuanya.

Monday, April 9, 2007

L.U.C.K


I am still remember when one of my indian classmate (Suresh) ask the lectrurer in English 3 class about success.

'Sir, What do you think about luck in our life. Sometimes we need good luck to get the success'.

Then Mr Affendi Hashim (one of the best lecturer during my study) answered;
' Yes, sometimes we need luck to get success. But do you know what is the meaning of luck?'

LUCK is

L-Labour
U-Under
C-Correct
K-Knowledge

There you go. That is the real 'LUCK' if you want to get success. Sometimes we have spent lot of times and efforts in our life but still it is hard to gain the satisfaction. Maybe our standard is too high or maybe we are just labouring to dead without analyzing what is the outcome or how the work will effect the results.

Same as the quote says 'Study Smart not Study Hard'. Then it should be applicable also to 'Work Smart not Work Hard'.

Agreed with one radio's break;' Anda seorang yang memberikan tumpuan, berdisiplin dan telah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Tetapi anda masih di takuk lama. Adakah anda rasa masa anda telah disia-siakan? Mungkin matlamat yang dituju gagal dicapai buat masa sekarang. Tetapi sekurang-kurangnya anda telah berusaha untuk mencapai sesuatu. Walaupun masih belum berjaya, anda telah memperolehi pengetahuan yang berguna dalam usaha anda. Teruskan usaha anda bukan semata-mata kerana destinasinya tetapi apa yang dipelajari dalam perjalanan anda'.

Kadang-kadang rasa macam tak berkembang setelah bekerja selama hampir 3 tahun ni. Mungkin expectation terlalu tinggi. Tapi sebenarnya mungkin aku sendiri yang tak menyedari bahawa telah banyak yang aku belajar sepanjang perjalanan ini.

p/s: Yok kita set new target untuk dapat PPA 2 next year. Chaiyok Zim Chaiyok.

Wednesday, April 4, 2007

Good Luck

Selamat menjawab mid exam Sastera Arab Andalus esok.

Juga Selamat menempuh Final Exam 23 dan 26 hb April ini. Semoga kejayaan yang cemerlang hadir kepadamu.

- Bentuk-bentuk Penulisan
- Sastera Arab Andalus
- Perkamusan Arab

p/s : This is a special message for .... only hehe :-)

Friday, March 30, 2007

Back to College

Tup tap tup tap pejam celik pejam celik terang gelap terang gelap terus malam. Ish ish ish....

Esok adalah hari kuliah terakhir aku. Minggu depan 7 April 2007 dah final exam. Exam? Dah lama xambil exam, kecut perut jugak sikit-sikit nak kena study balik hehe. Walaupun yang ni peringkat sijil je, namun sebagai seorang reservoir engineer, cabaran menguruskan masa amatlah memenatkan. Mana taknya, hari-hari kerja sampai kul 6, weekend pun kena datang jugak nak submit reservoir simulation run, pastu tatkala teman-teman serumah asyik lena diulit kedinginan pagi sabtu, aku terkial-kial menendang penghidup enjin Wave 125 yang baru dipasang rim sukan menuju ke dewan kuliah yang terletak di Nilai. Mungkin usaha aku ini tak sehebat pengorbanan korang, tapi inilah yang aku mampu lakukan setakat ini dalam persediaan menjadi pemimpin.

Kau amik kuliah apa zim?

Aku ambil Sijil Undang-undang Keluarga Islam dan Masyarakat kat USIM (Universiti Sains ISlam Malaysia) or formerly known as KUIM (Kolej Universiti Islam Malaysia). Kuliah ni dah start 6 Januari lagi. Program ini dijalankan selama 12 minggu dengan 12 jam kredit untuk setiap subjek yang terdiri daripada :

1- Konsep Keluarga dan Masyarakat Dalam Islam (Pensyarah: Pn Nik Salida Suhaila Nik Salleh)
2- Pengenalan Kepada Fiqh Usrah (Pensyarah: Ust Md Yunus)
3- Isu-isu Kekeluargaan dan Hubungan Dalam Masyarakat (Pensyarah: Pn Abida Abd Ghafar)
4- Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia (Pn Dina Imam Supaat)

Yuran yang dikenakan sangat berbaloi bagi aku iaitu sebanyak RM 350, cukup untuk menjadikan aku komited dengan kelas ini saban minggu. dan alhamdulillah, aku tak pernah missed walaupun satu kuliah.

Program sijil ini merupakan program yang pertama ditawarkan USIM kepada masyarakat umum. So kira kitorang ni the perintis la untuk program ni dan bakal dinilai sebagai produk pertama. Walaupun untuk permulaan hanya seramai lebih kurang 21 orang pelajar sahaja, namun kelas kitorang very happening kerana kebanyakan peserta merupakan mereka yang telah berpengalaman dan berkaitan dengan insitusi kekeluargaan dan masyarakat ni. Contohnya ada peserta terdiri daripada pendaftar nikah cerai merangkap Imam masjid Serdang Raya, Pegawai JKKK dari Perak, pasangan suami isteri yang merupakan guru veteran merangkap kaunselor di Bagan Lalang, Pegawai undang-undang, student master kaunseling, para ibu bapa dan ramai lagi yang kebanyakannya sudah lama 'makan garam'.

Yang bujang cuma tiga orang sahaja, seorang pegawai kerajaan bahagian akauntan dan seorang lagi penolong pendaftar merangkap pembantu Imam pendaftar nikah cerai tadi dan seorang lagi yang tengah menaip blog ni. Rupa-rupanya yang pembantu pendaftar nikah tadi juga merupakan junior kat Maahad dulu. Lepas amik STAM dia dapat offer jadi penolong pendaftar nikah cerai merangkap saksi masa akad nikah.

SO setiap kali kuliah berlangsung, banyak perbincangan dilakukan apabila student-student melontarkan permasalahan dan buah fikiran serta pengalaman yang mereka tempuhi. Dan dalam perbincangan tersebut banyak permasalahan yang berlaku dalam institusi keluarga yang kadang-kadang bila difikirkan boleh menghasilkan gelombang kefeningan kefala tahap 14. Bukannya apa, perasaan sedih, takut, bimbang, geram, marah, kesian sume berlegar seputar alam fikiran aku yang ingin menempuh alam berkeluarga nanti.

Kau nak jadi lawyer pulak ke zim amik sijil undang-undang ni?

Xdelah(ala-ala john abraham iklan syampoo). Aku amik kursus Sijil Undang-undang Keluarga Islam dan Masyarakat (SUKIM) adalah semata-mata sebagai persediaan untuk menjadi seorang pemimpin keluarga @ suami yang berwibawa. Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa seseorang itu mestilah mempunyai ilmu dalam perkara yang bakal diceburinya. Korang rasa cukup ke dengan kursus kahwin selama sehari setengah dengan bayaran lebih kurang RM 50-80 (student-orang biasa) tu? Sedangkan rumahtangga yang hendak dibina adalah untuk berkekalan sehingga akhir hayat. Itu belum praktikalnya lagi. Bukan 'praktikal' tu! Tapi praktikal amalan-amalan agama yang perlu dilaksanakan. Tanpa ilmu bagaimana korang beramal?

Ada juga dibincangkan mengenai kursus pra-perkahwinan yang dijalankan sekarang ini. Walaupun aku belum menghadirkan diriku lagi tapi aku rasa kalau nak dibandingkan dengan pasangan yang berkahwin dulu-dulu tanpa wajib ada sijil kursus, maka ianya adalah sesuatu yang memang bagus. Cuma bergantung kepada kesedaran individu masing-masing. Cuba bayangkan mereka yang bukan dari background pendidikan agama tiba-tiba masa nak kahwin, dalam tempoh sehari setengah itulah mereka nak masukkan semua asas agama dalam kepala otak mereka. dan aku rasa dalam sehari setengah tu pun bukannya bincang pasal agama sebab ada slot-slot yang lain seperti kesihatan, komunikasi, kewangan dan lain-lain. Lepas daripada itu mereka pun pulang ke rumah dan kembali kepada rutin kehidupan harian mereka.

Kahwin ni orang cakap seolah olah membina masjid. Korang beria ria nak bina masjid tapi malas ke masjid, apa kes?!

Berbalik kepada segala permasalahan yang ditimbulkan sepanjang pengkuliahan tadi, aku dapati semua masalah tersebut berlaku apabila manusia tak kira samada pihak suami atau isteri meminggirkan agama dalam kehidupan mereka. Ingatlah bahawa Allah telah mengingatkan kita melaui firmanNya yang bermaksud

" Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku , maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta ".
( Tahaa / 20 : 124 )

Kadang-kadang aku kesian melihat kawan-kawan aku yang beria-ia nak bina masjid dengan berusaha dengan bersungguh-sungguh mengumpul harta benda dan wang ringgit semata-mata untuk mencukupi syarat wang hantaran yang tinggi. Aku tak nak komen tentang jumlah wang hantaran yang korang letak, cuma dalam masa korang berusaha berpenat lelah siang malam kerja kumpul duit, janganlah korang lupa pada perkara yang lebih penting lagi iaitu persiapan ILMU, IMAN dan AMAL.

Salah satu tujuan atau matlamat perkahwinan ialah untuk melahirkan zuriat yang soleh dan bertaqwa kerana ianya termasuk dalam salah satu daripada tiga perkara kebajikan yang tidak terputus selepas kita mati iaitu sedekah jariah yang kita lakukan, ilmu manfaat yang kita ajarkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapa.

Dan untuk mendapat anak-anak yang soleh, tak dapat tidak kita perlu mendidik ibunya dahulu yakni isteri kita. Tapi aku tengok cara pamuda-pemuda zaman sekarang mendidik bakal isteri mereka sangat hebat sekali. Belum nikah lagi sudah boleh berpegangan tangan, setiap hujung minggu bawa awek/tunang mengikuti siri kuliah di panggung-panggung wayang, jalan-jalan cari makan dan lain-lain. Dan bertambah heran lagi bila mak bapak diorang buat dek je bila anak dara mereka dibawa ke sana ke sini dengan alasan 'alah mereka dah lama bercinta, tak lama lagi dah nak kahwin dah', 'alah mereka bukannya buat perkara tak elok pun', 'takpe mak cik izinkan, lagipun mak cik kan dah kenal kamu, kenal keluarga kamu' dan lain-lain alasan.

Namun sebenarnya makcik dan pakcik tu belum kenal dengan iblis dan syaitan. Mak cik dan pak cik tak tahu ke yang mak cik dan pak cik telah membuka pintu jahanam sedikit demi sedikit. Tahukah makcik dan pakcik bahawa anak-anak muda sekarang ini keluar dari rumah dengan syahwat yang tinggi? Tahukah mak cik dan pak cik bahawa apabila seorang lelaki berdua-duaan dengan perempuan seumpama minyak petrol Primax3 dengan pemetik api, dengan hanya sedikit percikan api sahaja boleh menyemarakkan api yang membakar dengan dahsyat.

'Dah banyak kali dah mak cik izinkan diorang keluar bersama takde mende pun.'

Memangla xde mende lagi. Syaitan bukannya bodoh dalam menghasut nafsu manusia ni. Mula-mula memang la janji setakat keluar makan je, pastu mula gurau-gurau sentuh sikit-sikit, pastu dah pandai pegang tangan takut kena langgar kereta masa lintas jalan dan takut hilang sebab orang ramai kat shopping kompleks ni, pastu tengok wayang dalam gelap, pastu bila balik buat wayang pulak. Mula-mula memang la takde mende, bila ada mende baru 'Sudah terhantuk baru terngadah'!

Oh maafkan aku sekiranya aku berleter macam orang tua. Namun hakikatnya itulah puncanya apabila sifat MALU itu sudah luntur dari peribadi manusia terutamanya kaum wanita. Nabi kata MALU itu sebahagian daripada iman. Maka apabila kamu sudah tidak ada MALU maka buatlah apa yang kamu suka.

Maka apabila mak bapak tak MALU anak dara dibawa lelaki berpeleseran, bila anak dara sudah tidak MALU tubuh badannya didedah dan dipegang lelaki yang belum bergelar suaminya, bila wanita sudah tidak MALU mendedahkan auratnya, bila wanita sudah tidak MALU pakai baju kurung tapi kainnya terbelah dan dadanya terbuka, bila wanita sudah tidak MALU berbicara tanpa adab dan batasan dengan lelaki dan bila wanita yang bertudung pun boleh buat zed.ai.en.a bawah tangga maka.............. Oh.. korang lihatlah sendiri apa akibatnya!

Maka dari itu,Wahai kaum wanita yang budiman, peliharalah sifat MALU dalam dirimu. Tidak ada tempat lain yang lebih patut korang MALU selain MALU kepada ALLAH.

p/s: Untuk kaum yang seangkatan dengan aku, ingatlah bahwa kahwin itu memang seronok namun jangan lupa juga akan beratnya tanggungjawab korang bila bergelar suami nanti. Didiklah bakal isteri korang dengan didikan agama, didiklah mereka untuk solat di awal waktu dan tutup aurat dengan sempurna.

Monday, March 5, 2007

Hikayat dari Kerajaan Champa

Hikayat ini diceritakan dari mulut ke telinga oleh ayah aku ketika kami sekeluarga sedang berkumpul waktu aku pulang bercuti. Cerita ini adalah mengenai cemburu dan kesetiaan.

Kisah ini diriwayatkan berlaku suatu ketika dahulu nun di sebuah negara yang diperintah oleh seorang raja di rumpun Indochina. Raja tersebut mempunyai seorang isteri yang sangat cantik jelita rupa parasnya. Manakala raja itu pula mempunyai sifat cemburu tahap 14 sehingga beliau sanggup membunuh sesiapa sahaja yang cuba bermain mata atau berbalas senyuman dengan isterinya. Disebabkan kecemburuan yang amat tinggi dan tidak mahu isterinya dilihat orang, maka dia telah menuntut satu ilmu ajaib iaitu ilmu yang dapat memasukkan isterinya ke dalam sebiji telur. Maka setiap kali dia keluar ke mana-mana, dia akan memasukkan isterinya ke dalam sebiji telur dan dibawanya bersama.

Arakian, setelah sekian lama hidup di istana, maka timbullah perasaan bosan di hati lalu mengajak isterinya keluar jalan-jalan makan angin di sebuah tempat peranginan di sebuah pergunungan di Kemboja. Maka setelah tiba di sebuah tempat yang molek dan indah untuk bersantai, si raja pun mengetuk sebiji telur yang dibawanya lalu menjelmalah si isteri yang sangat disayanginya itu. Setelah puas bercanda di tepian taman dengan bunyi deruan jeram yang jernih lalu si raja pun melabuhkan kepalanya ke riba si isteri sambil bermesraan. Akibat belaian mesra sambil mengusap-usap dan membelai kepala si raja bagai orang mencari kutu, maka terlenalah si raja tadi di pangkuan isterinya.


Maka berlakulah suatu peristiwa yang tidak disangka-sangka. Setelah memastikan yang si raja sudah terlena bagai mayat, tiba-tiba si isteri tadi mengeluarkan sebiji telur dari bajunya lalu menjelmalah seorang lelaki yang tampan setelah diketuknya telur itu. Astaga, meskipun begitu jagaan suaminya, rupa-rupanya dia masih boleh berlaku curang dan menjalin hubungan sulit dengan kekasihnya selama ini. Lalu ditinggalkannya si raja kelenaan sedangkan dia pergi bercengkerama dengan kekasihnya sehingga puas nafsu di hati. Kemudian itu barulah dia kembali ke pangkuan suaminya yang masih terlena bersama sebiji telur di dalam bajunya.

Sekonyong-konyong beristirehat dan jaga dari tidur, mereka pun ingin berangkat pulang ke istana. Namun sebelum mereka bertolak tiba-tiba sang raja bertemu dengan seorang kenalan rapat yang sudah lama tidak bertemu iaitu penjaga pergunungan tersebut. Maka si penjaga gunung yang sudah berusia tadi mempelawa si raja suami isteri untuk menjamu selera makan malam di tempatnya dan si raja menerima jemputan itu. Tiba di kediaman, penjaga gunung menyuruh anak gadisnya menyediakan santapan makan malam untuk 5 orang. Siap sahaja masakannya, si penjaga gunung pun menjemput si raja dan isterinya ke tempat hidangan yang disediakan. Setelah semuanya berada di tempat disediakan, si raja agak kehairanan kerana setahu dia, si penjaga gunung cuma tinggal berdua sahaja dengan anak gadisnya lalu ditanya, 'Untuk siapakah gerangan hidangan yang satu lagi ini sedangkan kita cuma berempat?'.

Lalu si penjaga gunung berkata,'Tuanku tanyalah sendiri akan isteri tuanku kerana orang yang kelima itu berada di dalam telur di dalam bajunya'.

Terkejut mendengar kata-kata si penjaga gunung, si isteri menjadi cemas menambahkan lagi kebingungan si raja. Maka setelah didesak, maka keluarlah si kekasih dari telur tadi. Maka terkedu dan terkelulah si raja dengan dahsyatnya kerana tidak menyangka-nyangka isteri yang begitu disayangi dan dijaga sebegitu rapi masih mengambil kesempatan mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain. Hancur luluh punah hati kecewa kalbu retak seribu kelam duniawi rasanya si raja. Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa melainkan meraung merayu-rayu memohon ampun atas kecurangannya, namun si raja hanya membatukan sahaja dirinya dengan air mata bercucuran.

Lalu tatkala itu juga dengan hati yang begitu dahsyat kecewanya, si raja melarikan diri ke sebuah tebing gunung lalu mencampakkan dirinya dari tebing yang curam lalu rosak binasalah hancur tubuh badannya membunuh diri dek tidak dapat menahan derita yang dialami akibat perlakuan isteri yang amat disayangi dan dijaga selama ini.

Melihat peristiwa tersebut, si isteri menjerit melolong seraya berkata, 'Aduhai zalimnya diriku! Isteri jenis apakah ku ini?Aku tidak layak lagi untuk hidup di dunia ini kerana telah curang kepada suamiku'. Lalu turut terjun ke dalam gaung yang dalam itu.

Terkejut dengan tindakan si isteri curang tadi, si kekasih juga tersentak dan berfikir bahawa dia juga tidak layak untuk hidup lagi. Disebabkan perbuatannyalah seorang isteri curang kepada suaminya. Lalu nekad mengambil keputusan yang sama dengan terjun ke dalam gaung membunuh diri. Akhirnya terkorbanlah ketiga-tiga jiwa tersebut dalam suasana yang begitu menyayat hati. Tamat.

So, moral of the story is, kadang-kadang walau segigih manapun kita berusaha menjaga orang yang disayangi dan sekuat manapun kita cemburu, jika mereka nak berlaku curang maka kecurangan tetap akan berlaku. Perasaan cemburu itu penting sebagai seorang suami kerana jika korang takde rasa cemburu maka korang adalah dayus. Namun harus diingat, jangan melampau dalam bercemburu. Aku pernah jumpa kes suami yang sangat kuat cemburu atau dalam istilah lain dipanggil cemburu buta sehingga musnah rumahtangga mereka. Tapi sekarang dia sudah arwah kena kanser lidah.

So kepada wanita-wanita yang bergelar isteri juga, jika anda rasa suami anda kuat cemburu, tolonglah jaga tingkahlaku anda, pakaian, percakapan serta pergaulan anda daripada menimbulkan rasa tidak senang di hati suami anda. Nanti aku cuba tulis perkara-perkara yang membuatkan si suami kurang rasa senang terhadap isterinya.

Seandainya peristiwa di atas berlaku juga yakni berlaku kecurangan (Na'uzubillahi min zaalik), ingatlah bahawa itu adalah ujian Allah terhadap korang! Janganlah sampai korang sanggup membunuh diri mahupun mengamuk lalu membunuh orang lain. Mungkin bunyinya agak ganas dan serius di sini, tapi itulah hakikatnya berapa banyak kes manusia membunuh dan dibunuh kerana kecurangan. Korang harus ingat bahawa iblis dan tenteranya sedang menanti untuk berpesta sakan apabila korang mati bunuh diri dan menjadi teman mereka di neraka jahannam selama-lamanya nanti. Juga kepada para isteri, janganlah korang berlaku curang kepada suami korang. Jika korang masih menaruh cinta dan belas kasihan kekasih korang dahulu lebih baik korang berterus terang dengan suami korang dan bagitahu suami supaya lepaskan korang dengan hati yang redha. Tapi apasal dulu korang kahwin ek?

Akhir kata peliharalah kesetiaan, tanamkanlah kepercayaan terhadap pasangan korang dan yang penting sekali ialah keimanan dan ketaqwaan kerana dengan taqwalah korang akan dapat keselamatan korang dunia dan akhirat.

p/s: Bersyukurlah korang yang dah mempunyai suami/isteri. Berapa ramai manusia yang menjadi anbutu/andartu kat Malaysia ni. Jagalah diri korang dan sayangilah suami/isteri korang sebelum mereka menjadi mayat.