Wednesday, January 31, 2007

Teka-teki

Ada satu benda yang semua orang ada,
Tua muda, miskin kaya, hensem kurang hensem semua ada.
kadang-kadang panjang kadang-kadang pendek.
Kadang-kadang kering dan jarang-jarang basah.
Apakah jawapannya?

Orang Kelantan tanya dah 'puas' ke belum pikir tu. Dah puas?

Ok jawapannya; Doa.

Berapa kali korang berdoa setiap hari? Panjang ke pendek? Kering ke basah? Korang paham tak apa yang korang baca masa berdoa tu?

Dekat surau taman aku, kadang-kadang bila imam yang 'by default' tak datang atau ustaz takde maka ada hamba Allah akan terus ke depan menjadi imam secara otomatik. Aku bukan nak buka aib orang tu cuma bila dia baca doa selepas solat tu, aku rasa dia macam main bantai je, macam budak kecil hafal doa mengikut apa yang dia dengar tanpa melihat kepada kalimah sebenar.

Itu baru baca doa. Belum bacaan dalam solat lagi. Pernah tak korang dengar orang merapu dalam sembahyang? Orang yang merapu ialah orang yang bercakap tanpa halatuju yang dia sendiri pun tak paham. Pastu kata kat diri sendiri; ish amende yang aku merapu/merepek ni. Maka begitulah juga orang yang dalam sembahyangnya membaca apa yang dia tak paham, samalah seperti orang merapu dalam sembahyang. Aku bukan nak tunjuk kesalahan sape-sape, cuma aku ingin mengajak diriku dan kawan-kawan aku untuk berusaha memperbaiki solat dengan salah satunya ialah dengan memahami maksud akan bacaan di dalam solat. Sekurang-kurangnya paham akan bacaan yang wajib. Bukannya apa, kadang-kadang sedih juga bila tengok teman-teman sepejabat yang dah berumur 30-40 tahun tapi tak tahu makna bacaan Fatihah. Kalu dikira dari umur baligh 15 tahun, maka lebih kurang sudah 15-25 tahun dia merapu dalam sembahyang setiap hari.

Nanti aku ada masa aku cuba postkan terjemahan surah Al-Fatihah dan bacaan-bacaan lain, semoga kita tidak tergolong dalam orang-orang yang merapu dalam sembahyang.

Berbalik kepada doa. Bilakah kali terakhir korang doa panjang-panjang dan nangis-nangis? Dah lama doa aku kering. Aku takut kalau-kalau hati aku sudah menjadi keras sebab banyak dosa dan maksiat.

Telah kumungkiri janjiku lagi - Mirwana

Tapi apa yang aku nak bagitahu melalui pengalamanku ialah setelah banyak kali aku tawajuh betul-betul dan mem'basah'kan doaku di sepertiga malam, dengan limpah rahmat yang maha Kuasa, Dia telah mengabulkan doa aku untuk bertemu dengan orang yang akan melengkapkan sebahagian dari agamaku. Terima kasih Allah. Kini aku kembali berusaha untuk memperbaiki diri sebelum memikul tanggung jawab yang besar sebagai pemimpin. Namun sebelum kita memimpin orang lain, kita mestilah belajar untuk memipin diri kita sendiri dahulu.

p/s: korang dah sedia ke nak jadi pemimpin?

Tuesday, January 30, 2007

Pembuka Tirai

Bismillahirrohmanirrohim...

Sempena tahun baru 2007 dan tahun baru 1428H, aku ingin mulakan coretan mayaku ini dengan facelift yang baru, dengan gaya yang lebih berani.

Benar itu berat, bercakap benar, beramal dengan kebenaran itu susah. Benar itu banyak, namun orang yang mencari kebenaran itu sedikit.

Sekian dahulu pembuka bicara untuk diriku sendiri. Salam ta'ziim dan salam sayang untuk semua. Terima kasih.