Tuesday, February 24, 2009

On Job Attachment

17 Februari lepas, genap setahun aku menjalani attachment di Bangunan Rohas Perkasa ini. OJT atau On Job Attachment untuk satu research projek berkenaan Water Control atau Water Shut Off. The deliverable untuk projek ini ialah satu bendalir kimia baru yang akan disuntik ke dalam telaga minyak yang mempunyai masalah pengeluaran air yang tinggi. Bendalir kimia ini akan bertindak balas pada suhu tertentu dan akan bertukar menjadi gel yang keras yang seterusnya akan menyumbat liang-liang telaga bagi menghalang air dari batuan resevoir masuk ke dalam telaga.

17 Februari lepas, genap setahun aku ulang alik dari Bandar Baru Bangi ke KLCC ini. Mula-mula datang naik komuter, tapi tak tahan sebab manusia terlalu padat dalam tren kat stesen
UKM ni, macam sardin. Naik awal pagi pun padat apatah lagi waktu balik. SO naik motor, beli baju hujan. Tapi lama-lama tak tahan beb. Asap yang berkepul-kepul, balik umah macam
sesak nafas. Last-last aku naik kereta sendiri. Mujur boleh claim mileage dan parking, kalu tak kering poket jugak nih.

17 Februari lepas, genap setahun aku tak buka kitab reservoir simulation, discipline yang aku minat dan mungkin aku dah banyak ketinggalan dengan rakan-rakan lain yang attached buat reservoir simulation study. Walaupun begitu ada benda baru yang aku belajar kat sini. Meskipun secara disciplinenya aku agak lari dari position asal, tapi adala jugak something related to reservoir engineering iaitu 'Core Flooding'. Kami telah membeli sebuah peralatan yang bernama FRT - Formation Response Tester buatan Chandler untuk eksperimen yang akan dijalankan. Selain dari assignment yang diberikan oleh project manager di sini, kami juga diberi tugasan yang secara tidak langsung iaitu mengaplikasikan budaya Reseacrh & Development yang dipraktikkan oleh Schlumberger. Mungkin scope kerja berlainan dengan research centre di Bangi namun ada banyak perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh dibawa pulang untuk diamalkan di research centre Bangi nanti.

InsyaAllah projek ini akan tamat pada August 2009 nanti. Tak sabar nak balik kerja kat Bangi.