Thursday, February 22, 2007

Kekisah Aku

Kisah 1 Ahad 18 Feb 2007

Aku menaiki bas pulang ke kampung membawa satu misi pre-engagement. Kenapa tak balik malam Sabtu? Tiket dah habis la, salah aku sibuk sangat kerja lambat gi beli tiket. Terpaksala naik juga bus pagi Ahad tu. Itula satu-satunya seat yang masih kosong.

Waktu nak naik bus alih-alih ada perempuan pulak yang duduk seat sebelah aku. Mak aku pesan kalau ada orang perempuan yang duduk sebelah, kena usaha tukar dengan orang lain supaya jangan duduk sebelah perempuan yang bukan mahram. Tapi disebabkan ada seat yang single kosong, so aku duduk aje dulu kat seat yang kosong (bus yang 3-seat). Dengan harapan kalau tuanpunya seat tu perempuan juga, senang aku minta tukar dengan seat aku tu. Dan alhamdulillah, bila sampai kat hentian Putra, ada sepasang suami isteri yang naik tapi seat depa berasingan nombor, satu kat depan dan satu lagi tempat aku duduk. So drebar bus minta perempuan yang mula-mula tadi pindah ke depan dan aku stay kat seat single tu, takyah susah-susah minta tukar.

Depan sikit area Gombak, drebar bawa bus gi masuk bengkel service centre depa, aku tak tahu rosak apa, lama juga dekat 1 jam kot, pastu bertolak semula meneruskan perjalanan. Perjalanan diteruskan seperti biasa sebelum tiba sahaja di Tol Bentong sekali bus berhenti betul-betul kat lorong nak bayar tol, cuma dalam 7 meter sahaja drebar bus tu boleh capai kat kaunter jurutol. Aku pun tak tahu la rosak gear box ke apa ke. Hampir 15 minit duk tengok kenderaan lalu kat lorong sebelah, barulah drebar bus minta semua penumpang turun, dan mintak sume penumpang lelaki tolong tolak bus. Tolak bus? haha.Sume penumpang bus tu adalah wanita kecuali 5 orang sahaja iaitu aku dan 4 student UKM. Maka dengan machonya kitorang berjaya menolak bus ke tepi highway. Jam dalam pukul 11.15 pagi.

Nature call yang sejak dari tadi menyebabkan aku menyeberang kaunter-kaunter tol untuk ke toilet. Cuaca mula membahang. Bila ditanya pada pakcik drebar, dia kata dah telepon dah tadi, tapi tak tahu depa hantar bus baru atau hantar pomen datang repair. Selepas qada hajat aku balik semula naik bus untuk rehat sampaila masuk waktu zohor. Masih tiada sebarang respon daripada drebar. Sekali lagi aku menyeberang highway untuk solat. Kelihatan 4 orang student tadi tengah berehat di beranda surau selepas menunaikan solat, aku yang terlewat. Usai solat, aku duduk berhampiran diorang sambil borak-borak. Akhirnya baru aku tahu depa ada dari Fakulti Sains Kemanusiaan amik course psikologi dan ada yang baru start master kat FST. Bangga la jugak sebab citer punya citer rupanya 2 orang dari mereka ialah super junior aku kat MML dulu.

Jam sudah pukul 2.30 ptg. Perut sudah menghantar signal, kepala sudah pening kelaparan. Mujur pagi tu sempat breakfast makan kuey tiaw sup champa kat Sungai Sekamat. Tapi aku tengok bebudak ni dah tension tahap 14 dah, depa kata pagi tu tak sempat bfast lagi. Aku cuba jalan-jalan tanya menachee cleaner ada tak jual makanan dekat2 situ, minuman ke, vendor machine ke tapi hampeh sebab takde. Yang paling dekat pun naik motor dalam 8 minit apatah lagi kalau nak jalan kaki. Kitorang dah assume yang kitorang sedang menunggu bas dari Kelantan sampai KL dulu baru amik kitorang semula which mean paling cepat dalam kul 7 ptg!

Ini tak boleh jadi. Boleh mudarat ni, kebulur. Tiba2 ada mamat staf cleaner juga tiba dengan motor RX-Z nya dengan sebungkus nasi dan air teh air di handle motor. Wah ada harapan. Dipendekkan cerita aku mendekati mamat yang sudah kekenyangan tadi dan menyatakan hasrat aku untuk beli makanan. Dan dia setuju bila aku kata aku akan bagi duit minyak RM5.Lalu aku berjaya membeli 5 bungkus nasi beserta teh ais untuk kitorang. Alhamdulillah, macam pergi picnic plak kata bebudak ni hehe. Sekonyong-konyong aku mencuci tangan, tup-tup bus ganti baru sampai. Kami bergegas menyeberang semula menaiki bas baru dengan perut yang sudah diisi, syukur.


Bus ganti baru sampai. Karung plastik teh ais masih penuh lagi.

Aku malas nak marah-marah kat drebar bus sebab aku tahu tak ada sape pun yang nak bus tu rosak kat tengah highway tu melainkan semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Aku sabor aje la sebab aku assume depa dah check betul2 dah. Tapi kalu depa saja jugak nak jalan walaupun tahu kondisi bas teruk dan berisiko tinggi, memang diorang nak kena ketuk. Jangan kerana nak untung yang tak seberapa tu maka bahaya yang diundang. Fikir-fikir sikit wahai pengusaha-pengusaha bas seluruh Malaysia!

Pernah juga last cuti raya haji baru-baru ni aku nak try naik keretapi pulak untuk balik Kajang. Sekali lepas saja solat Subuh, tren tersebut berhenti. Lama jugak dalam 1 jam setengah agaknya sampai aku habis breakfast. Last2 dia announced ada tren barang tergelincir kat depan, so kitorang takleh lalu. So tren tu undur balik ke Stesen Melaka dan sume penumpang turun untuk menaiki bus yang disediakan oleh KTMB menuju KL atau Stesen Komuter Seremban bagi yang nak ke Kajang. Aku kira ada la dalam 20 buah bus yang diorang contact urgent.

Masa tu aku dah ngantuk so aku malas nak berebut-rebut, maka kenala tunggu bus round kedua sampai lebih kurang dua jam kemudian. Dari pukul 8 sampai 11.30 baru bas sampai, tapi mujur juga bahang dalam dada sedikit sejuk apabila KTMB sediakan sebungkus nasi ayam dan air teh o ais untuk setiap penumpang round kedua. Yang first round tak dapat hehe. Tapi at least bagus juga dapat nasi ayam. Walaubagaiamanapun, aku terpaksa apply cuti untuk haritu sebab aku tiba kat Kajang dalam pukul 2.30 dah. Aku plan ingatkan sempat nak masuk ofis paling lambat pun kul 9 lebih, namun sesungguhnya sebaik-baik perancang ialah Allah.

Kisah 2 Dua hari sebelum kisah kat atas

Masa tu dah pukul 6.30 dah. Seperti biasa la memang hobi aku balik ofic lambat sebagaimana yang aku citer dulu. On the way baru sampai kat jambatan yang di bawahnya ada roundabout kat Uniten tu tiba-tiba je 'belalang tempur'ku mematikan dirinya sewaktu aku cuba masuk ke lorong kiri. Mujur masa tu tak ada kenderaan dari belakang. Dengan kelajuan yang berbaki aku sampai juga kat bawah flyover. Apa hal pulak ni? Aku cuba menendang-nendang cuba menghidupkan semula motor ku namun tak berjaya. Aku cuba beristighfar beberapa kali, banyak maksiat kot. Nak check plug, spanar plug plak takde. Ish akhirnya setelah kehabisan tenaga aku mengambil keputusan untuk menahan teksi aje, lalu aku memikul beg galas 'The North Face' aku sambil menyusuri menuju ke tempat hentian bus dekat dengan masjid Uniten. Dipendekkan cerita boring aku ini, aku berjaya menahan teksi dan patah balik ke kawasan Abu Bakar Baginda mencari kedai motor yang mungkin bila-bila masa saja nak tutup sebab dah kul 7 dah. Alhamdulillah nasib aku baik.

Dipendekkan lagi setelah ditukar dengan plug baru, barulah kitorang sedar bahawa bukan plug yang rosak, tetapi sebenarnya METER MINYAK yang rosak, aduh. Aku tengok meter masih tinggal separuh lagi tapi rupanya dah kering kontang. Akhirnya brother pomen tu transfer petrol dari tangki TZM dia dan aku pun bayar upah beserta dengan harga spark plug td lalu pulang.

Maka sambil aku menyusuri pulang di kala orang sedang berjemaah di surau atau masjid tapi aku plak yang missed, aku terfikir seorang diri alangkah malangnya nasib aku jika terus ditipu begini. Mungkin kita terlena menyangka bahawa umur kita masih muda, masih panjang lagi lalu tak berbuat apa-apa untuk persiapkan diri lalu tiba-tiba Allah tarik nyawa kita, aduh. Ya Allah, janganlah Dikau mengambil nyawa kami dalam keadaan terkejut.

p/s: Sudahkah korang bertaubat? Bila lagi nak bertaubat? Taubatlah dan pohonlah keampunan daripada Allah tiap-tiap hari. Juga jangan lupa simpan peralatan asas nak buka spark plug kat bawah seat metor korang dan aku pun.

Kisah 3 Masa balik semula ke Kajang

Banyak pula cobaan aku dalam menaiki perkhidmatan awam beberapa kali terakhir ini. Lepas keretapi terkandas, bus rosak kat highway pastu masa nak balik Kajang pun ada hal jugak. Tapi kali ini melibatkan mat rempit plak. Menurut sumber berita yang aku tanya sendiri dekat akak yang buat announcement kat stesen Langgar ni, beliau memaklumkan bahawa bas yang sepatutnya bertolak pada jam 8.30 pagi masih belum tiba gara-gara ada seorang mat rempit yang cuba menunjuk terer dengan memecut kat tengah-tengah antara dua buah bas ekspres termasuk bas tadi dan telah bergeser dengan bas tadi. Tidak dapat dipastikan samada penunggang tersebut mengalami kecedaraan parah, patah tali pusat, tercabut pankreas, buah pinggang bergegar mahupun gejala-gejala sosial yang lain. Namun begitu, pemandu bas tadi terpaksa masuk balai untuk membuat report. Akhirnya kitorang terpaksa tunggu sampai 10.30 pagi baru bas sampai.

Masa atas bas, sekali lagi aku berjaya menukar seat aku dengan sorang pempuan kat seat belakang sebab penumpang sebelah aku adalah seorang akak. Korang mesti kata mentang-mentang awek tak cun aku pun sibuk nak tukar seat kan hehe. Mana ada, aku tak kisah cun ke tak cun ke, sebab ke'cun'an itu bergantung pada penilaian individu. Masa aku balik dengan bus UTM pun aku minta tukar jugak walaupun ada student siswi yang cun melecun masa amik kat Pasir Puteh duduk kat sebelah aku. Pastu bila aku tukar dengan ada sisiwi yang duduk sebelah lagi tu, aku tengok dia macam blur sikit. Mungkin kali pertama budak laki yang hensem tidak layan sedikit pun dengan kejelitaan dia haha. Aku tak berniat nak lukakan perasaan korang, cuma aku sedang memikirkan seandainya bakal isteriku nanti berada dalam situasi sebegitu, aku akan berterima kasih kepada pemuda yang menukar seat lain supaya tidak duduk bersebelahan dengan bakal isteriku.

Masa sampai kat tempat rehat Merapoh, aku turun nak tunaikan solat. Dalam bus tadi, ada seorang akak bersama sorang anak lelaki dalam darjah 6 dan sorang anak perempuan dalam darjah satu duduk seat depan aku sebelah kanan. Masa aku nak turun, akak tu suruh anak lelaki dia tu cakap kat aku nak gi sembahyang sekali dengan aku. Aku kata ok no problem, jom. Selepas amik wudhu', aku bagitau dia yang aku nak qashar dan jamak sekali lalu dia suruh just terangkan sekali lagi camne niatnya sebab dia ingat-ingat lupa katanya. Aku pun ajarlah camne niat sembahyang qashar dan jamak dan kami sembahyang bersama.

Budak yang aku maksudkan tadi.

p/s: Kanak-kanak juga mengambil berat akan perkara solat. Korang bagaimana?

No comments: