Tuesday, February 13, 2007

Ada apa dengan tol Sungai Ramal?

Balik dari ofic semalam cuaca agak mendung sedikit di bahagian menghala ke Kajang. Namun semakin dekat aku menghampiri tol Sungai Ramal, titis-titis hujan mula merintik atas permukaan visor helmetku. Makin lama makin banyak pulak. Ini tak boleh jadi, pantas aku menghimpit ke kiri memasuki lorong menuju ke sebuah bangunan untuk berteduh. Itu kali pertama aku menjejak kaki aku ke situ setelah hampir 2 tahun setengah aku berulang alik pakai Silk Highway tu. Rupa-rupanya itu adalah bangunan tempat rehat yang menempatkan kemudahan surau dan tandas. Namun begitu aku bersyukur kerana Allah telah menurunkan hujan setelah beberapa hari cuaca agak panas membahang, mungkin El Nino dah bermula.

Sambil tunggu hujan reda, terasa nak qadha hajat la pulak. Nasib baik toilet ada(Jangan lupa amalkan adab-adab masuk tandas ikut sunnah nabi). Bila sudah selesai, sekali aku ternampak benda yang dah lama aku tak nampak. Mungkin aku jarang travel macam dulu, tapi masih ada lagi manusia-manusia yang tak bertamadun yang menconteng benda-benda mengarut dan lucah kat dalam toilet. Siap promo no telepon lagi. Bukan sahaja dalam bahasa Melayu, bahasa cina pun ada gak. Memang bersatu-padu dan harmoni betul diorang. Teringat plak kat blog Dajal yang kuar paper haritu. Apa khabar agaknya si Ady tu skang haha. 2 juta pengunjung dalam masa 2 bulan, bermakna dia telah berjaya menghasilkan/menyebarkan 2 juta maksiat, paling kurang pun zina mata. Kalau ada orang pergi rogol atau zina asbab tengok blog dia plak camne. Nanti last-last orang Kelantan jugak yang kena sebab statistik pengunjung laman web lucah paling tinggi dari Kelantan. Hampeh! Akhirnya korang akan dapat lihat syaitan dan konco-konconya bertepuk sorak berpesta sebab anak Adam telah berjaya disesatkan dan mereka akan terus berusaha melalaikan anak Adam supaya mati tanpa sempat bertaubat, jadi teman mereka di neraka kelak.

Alangkah bagusnya kalau blog-blog yang menyedarkan manusia tentang kepentingan agama dikunjung sebegitu juga. Itulah manusia yang menyalahgunakan nikmat yang Allah bagi kat kita. Ingatlah kawan-kawan akan firman Allah dalam surah Al-A'raaf ayat 179 yang bermaksud:

'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu seumpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.'

p/s: Peliharalah diri korang dan ahli keluarga korang dari api neraka!

No comments: