Wednesday, February 14, 2007

Global Champion

Hujan baru saja reda sebentar tadi. Hanya aku keseorangan kat cubical aku. Yang lain semua sudah pulang. Oh masih ada bunyi orang menaip di cubical penjuru dinding. Aku masih berteman rupanya. Hari ni hari Rabu so aku balik macam biasa dalam 6.30. Selalu jugak depa perli-perli awat tak balik lagi, nak tidur kat sini ke. Aku iyekan aje hehe. Memang biasanya aku suka balik lambat sebab kalau aku balik awal pun bukannya buat apa pun, sampai umah buka kipas terus baring sampai maghrib, nanti lama-lama jadi gila, tak elok untuk kesihatan fizikal dan mental. Bilik aku plak kat bahagian belakang, terdedah kepada pancaran matahari so memang hangat membahang je bilik aku.

Tapi sebelum ni aku selalu jugak gi joging kat trek UKM. Lama dah tak joging dengan ghairah (intensif). sejak daripada bulan Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan dah nak masuk Safar plak. Ish takleh jadi ni, patutla pinggang aku makin sendat je. Biasanya aku akan jadi ghairah bila aku target nak participate dalam acara larian. Setakat ini ada la dalam 4 kali acara larian kategori 10 KM je. Tapi itula aku takleh nak komited sangat sebab banyak kerja aku kat ofic ni.

Kerja apa?

Aku skang tengah siapkan literature report untuk projek 'Study of Fluid-fluid/Rock-fluid Interaction and Asphaltene Precipitation in CO2 Gas Flooding', majoring in Asphaltene Precipitation Modelling in Compositional Simulation. Banyak SPE paper yang perlu dibaca. Rasa macam buat Projek Sarjana Muda masa kat UTM plak. Tapi aku harap yang ni berbaloi untuk diproposekan sebagai projek untuk sambung master terus.

Kadang-kadang aku rasa marah campur geram terhadap diriku sendiri apabila moral aku down bila melihat kebanyakan teori-teori, persamaan-persamaan dan teknik-teknik yang dipelopori oleh orang Barat terutamanya dalam bidang Petroleum Engineering ni. Camne diorang boleh jadi hebat sampai kita terpaksa bergantung kat diorang. Contohnya satu technical area yang dipanggil 'reservoir simulation' atau dalam BM dipanggil 'penyelakuan reserbor'. Dalam bidang ini orang Barat telah lama advance dan telah mencipta software yang dipanggil reservoir simulator. Benda ni sebenarnya hanyalah mathematical equation yang perlu diselesaikan, tapi pakai komputer la. Nak pakai calculator tekan-tekan memang jenuh dan akan ketinggalan.

Pernah borak-borak dengan orang-orang lama bagaimana mereka buat simulation pakai komputer kad. Untuk setiap command depa punch satu kad, so bayangkan kalau ada beratus ribu grid cell untuk satu-satu reservoir model. Sampai ada ex-GM aku kata dia pernah terjatuh masa bawak kad-kad tersebut sampai habis berterabur kat tepi jalan. Tapi orang Barat telah terkehadapan dalam mencipta reservoir simulator dan bila kita nak pakai software tu, diorang akan charge tak ingat punya sampai ratus ribu USD setahun!

Sebab itu kebanyakan Multinational company pun dah developed diorang punya reservoir simulator sendiri. Contohnya EMpower (ExxonMobil), MoReS (Royal Dutch Shell), CHEARS (Chevron) dan POWERS (Saudi Aramco). Manakala yang commercial pulak seperti Eclipse (Schlumberger), STARS (CMG, Computer Modeling Group), VIP (Landmark, Halliburton), SURE (SMT) dan Sensor (Coats Engineering, ditaja oleh ConocoPhilips). Bagaimana pula dengan syarikat petroleum negara kita? Mungkin sudah tiba masanya kita mempertimbangkan untuk membangunkan reservoir simulator milik kita sendiri.

Tapi, aku pasti akan ada suara yang kata; kau nak suruh sape buat? Outsource ke? Kau nak buat ke? Ada orang pandai buat ke? Ramai dah blah gi Aramco, gi Qatar dah. Entah-entah kau yang nak blah gi Qatar/Aramco dulu hehe.

Lalu aku menghela nafas panjang seraya berkata; Aku pun tak tahu haha. ConocoPhilips pun outsource jugak. Mana boleh buat sendiri, kita perlu belajar banyak lagi. Tapi dalam masa yang sama kita kena ubah mindset kita yang kita tak boleh bergantung pada orang luar sampai bila-bila. Kalau tidak kita akan terus dipijak!

Sebenarnya banyak juga pencapaian yang telah dicapai oleh orang kita dalam reservoir simulation ni. Contohnya bekas staff kat division aku ni sebelum dia ditransfer ke HQ jadi Custodian EOR. Dia telah developed software untuk Upscaling. Aku rasa beliau telah menunjukkan yang memang kita mampu menghasilkan sesuatu yang hebat. Kalau terus nak buat simulator yang bagus memang perlu masa yang lama. So kita mulakan dengan langkah pertama. Selepas Upscaling, mungkin kita boleh develop PVT software kita sendiri, pastu beberapa pre-processor sebelum move to black oil simulator, pastu compositional simulation. Wah tingginya wawasan. Eh mestilah, sebab aku nak capai tahap Global Champion, to be A Leading Oil & Gas Multinational of Choice. Sekian.

p/s: Setiap Rabu, kuliah maghrib kat surau taman aku, tajuk kitab 'Irshadul Salikin ila Akhta' Al-Musallin', pada menyatakan kesilapan/kesalahan dalam solat. Jom!

No comments: