Saturday, March 21, 2009

Bahrain Journal Day1

25 Januari 2009, 10.00 malam

Bertolak ke KLIA dengan menaiki teksi En Afindi, pengerusi Surau yang baru kat kelompok flat tempat tinggal aku sekarang. Sampai di KLIA dalam 10.40 pm. Flight pukul 12.30 am. Lepas check in luggage aku g rehat dulu kat Emirates Lounge sebelum ke balai menunggu kul 11.50. First time ke luar negara, pastu dapat Bussiness Class plak tu. Memang orang Darat. Semua makanan dan minuman disediakan. Siap aku gi tanya pelayan lagi tu makanan kat sini kena charge ke? Awek pelayan tu kata semua free for our guest. Aku pun apa lagi, pusing-pusing la, tengah-tengah malam ni layan makan best jugak. Nak musafir jauh la katakan.



Tiket Flight Pergi-Balik KL-Bahrain Bussiness Class (Company Sponsored. Kalau tak, Mimpi ajela)
Antara makanan yang disajikan

Minuman semua ada.

Last2 aku amik roasted chicken, bun and crab meat soup with mushroom

Meals served in this lounge are halal

Scallop with black bean sauce

Layan

Then aku naik flight tepat jam 12.30 am (Waktu Malaysia) dan tiba di Airport Dubai pukul 3.30 am selepas 6 jam penerbangan. Atas flight tak amik gambar sangat, nanti orang kata darat pulak. Sampai di Dubai aku gi rehat lagi kat Emirates lounge kat sana. Tengok jam dah kul 7 pagi. Oh waktu Malaysia rupanya. So kena la pusing balik jam ke waktu Dubai. Subuh ada lagi dalam 2jam 30 minit. Aku landing dulu kat sofa hehe tunggu Subuh.

Baru tiba di Airport Dubai
Pintu masuk Emirates Lounge kat Dubai
Prayer Room Emirates Lounge
Pukul 7.50 pagi gi balai menunggu untuk flight ke Bahrain pukul 8.30. Naik flight ada breakfast lagi. Tadi dah makan dah kat lounge. Makan aje.

Balai menunggu ke Bahrain EK837

Menu untuk breakfast

Penerbangan ke Bahrain ambil masa lebih kurang 1 jam juga. Sampai di Bahrain aku kena pusing jam lagi sekali sebab kat bahrain waktunya cepat 1 jam. So aku sampai kat Bahrain Airport padapukul 8.45 pagi.

No comments: