Akhirnya sampai di Hotel Sheraton Manama dalam pukul 10.30. Aku bernasib baik sebab manager hotel bagi aku check in awal without any extra charge sebab bilik banyak kosong. Kalau tidak mungkin kena tunggu 3-4 jam jugak baru boleh masuk. Biliknya biasa saja macam hotel kat Malaysia cuma toilet je lain sikit. Hotel kat Dubai masa transit pun sama jugak.
Bilik Hotel
Landing dulu sepukul sebelum explore
Toilet diorang ada 2 mangkuk hehe
Antara pemandangan dari bilik hotel. boleh nampak Manama Gate.
After landing sampai kul 12 tengahari, bangun mandi, solat and get ready meneroka Bandar Manama.
Untuk ke Manama Souq aku lalu ikut Manama Gate, pastu jalan terus dan terus dan sempat beberapa gambar di bawah.
Burger King dalam pembinaan.
Hidangan pertama di Bahrain. Chicken Biryani. Harganya 800 files.
Sayurnya potongan bawang, timun, tomato dan potongan lemon. Aku tengok lepas diorang habis makan, diorang akan perah lemon sambil hisap. Aku try juga tapi masamnya berkerut muka. Alhamdulillah, dah makan dan bertenaga semula untuk jalan lagi.
Aku sebenarnya nak cari shopping complex yang ada jual souvenier dan juga jubah Dubai untuk orang yang sedang menanti di rumah. Aku pun jalan-jalan dari Manama Souq nak ke Bahrain Mall atau Seef Mall. Tapi disebabkan memang jauh sangat aku sekadar sampai dekat-dekat Pearl Monument sahaja. Cukuplah tu, haripun dah petang, lagipun tujuan datang ke Bahrain ni ialah nak belajar dan menimba pengalaman serta technical competency melalui SPE Technology Workshop keesokan harinya.
Suwaifiyah AvenueLulu Avenue
Sampai di persimpangan jalan dekat Pearl Monument, aku patah balik menuju ke Manama Souq untuk balik ke Hotel. Pearl Monument ni terletak kat tengah-tengah roundabout. Amik gambar dari jauh je.
Polis - Shurtah.
Marina Mall. Macam takde bende sangat. Banyak kedai buotique fesyen yang mahal-mahal. Tingkat atas plak ada Game Arcade.
Singgah sebentar di Lulu Centre. Aku sampai kat sini kul 3.40 pm. Kedai masih tutup, pukul 4 baru buka. Dalam perjalanan pulang. Kaki dah lenguh jugak ni. Dah lebih 5 kilometer dah aku jalan ni.
An evening in Bahrain haha. Dah puas berjalan balik hotel dulu mandi, rehat, dan solat sebelum keluar makan malam pulak.
Jika tadi aku amik jalan ke arah Manama Souq, so untuk makan malam aku arah bertentangan pulak. Nak explore sebelah Barat pulak.
Kat kedai ni cuma bagi sup, bawang, lemon dan pencicah ikan sahaja sebagai aksesori tambahan.
Uniknya ialah dapat makan bersila. Lepas makan terus tersandar kat bantal belakang hehe.
Lepas makan,aku pusing-pusing hampir tersesat. Sempat gi pusing kawasan perumahan orang-orang Arab di lorong-lorong tapi tak berani amik gambar. Ada satu tempat tu kawasan orang Syiah. Aku cam sebab diorang banyak gantung banner-banner tentang saiyidina Ali, Hassan dan Hussein. Pastu gambar lukisan seorang pahlawan berkuda dengan sebilah pedang yang berdarah-darah. LAgi seram aku nak amik gambar.
So aku patah balik ke hotel siap-siap untuk workshop esok. On the way balik sempa singgah sebuah kedai roti di sebuah lorong dan beli sejenis makanan macam piza yang nipis kat Pizza Hut. Nama mende dah tak ingat. Harganya 400 files.
Abang chef tukang masak roti. Macam-macam jenis roti termasuk pizza, puff, roti biasa. Roti John je takde rasanya.
Oven modified pakai gas.
Tadi sebelum keluar makan malam dah pergi register nama amik name tag dan booklet. Subuh dalam pukul 4 lebih. Workshop start kul 8.30 pagi. Best giler lepas subuh boleh tidur puas-puas dulu sepukul sebelum gi workshop hehe.
No comments:
Post a Comment