Bas ada disediakan dan kami diminta menaiki bas tersebut di hadapan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kajang jam 9 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Akhirnya kami tiba di ILDAS pada jam 1 tengahari setelah singgah untuk mengambil peserta dari Masjid Daerah Gombak.
Receptionist ILDAS
Sebahagian peserta sedang mendaftar untuk mengambil kunci bilik
Setelah daftar, kami menjamu selera di Anjung Selera sebelum solat Zohor dan berehat. Sesi ta'aruf yang dijadualkan pada 2.30 ptg terpaksa ditunda ke 4 ptg kerana bas kedua dari Gombak masih belum tiba.
Jadual program/aktiviti secara ringkasnya seperti berikut:
Hari Pertama 1 Jun 2009
- 4-5 ptg Taklimat danTaaruf
- 5-6.30 ptg Bebas
- 6.30-7.30 Makan malam
- 7.30-9 mlm Maghrib, Yasin, Isya'
- 9.00-11 mlm Ceramah: Teori & Praktikal Solat
Hari Kedua 2 Jun 2009
- 5.30-8.30 pg Subuh, Kuliah Subuh, Persiapan diri, Sarapan
- 8.30-10.30 Sambungan ceramah: Teori & Praktikal Solat
- 11-1 ptg Bengkel Tahsin Qiraat
- 1-2.30 ptg Lunch, Zohor, Rehat
- 2.30-4.30 ptg Sambungan Bengkel Tahsin Qiraat
- 4.30ptg-9mlm Minum petang, Asar, Riadah, Dinner, Maghrib, Kuliah Maghrib, Isya'
- 9mlm-11 mlm Sambungan Bengkel
Hari Ketiga 3 Jun 2009
- 5.30-8.30 pg Subuh, Kuliah Subuh, Persiapan diri, Sarapan
- 8.30-10.30 Ceramah: Sahsiah Imam Yang Berwibawa
- 11-1 ptg Ceramah Nilai & Majlis Penutup
- 1-2 ptg Lunch, Zohor, Check-out,Bertolak pulang
Selain kursus Imam, ada juga kursus untuk pelajar sekolah Agama menengah dan 2 kursus yang lain. Pelajar-pelajar sekolah sedang melakukan aktiviti riadah.
Penceramah Bengkel Tahsin Qiraat, Ust Napiah B Sahrani.
Ust Ramli B Sidon, ceramah Sahsiah Imam yang Berwibawa
Peserta khusyuk mendengar ceramah
- Refresh kembali akan zahir dan batin dalam solat seperti yang telah belajar dulu dalam kitab Munyatul Musolli kat Pondok Pasir Tumboh masa cuti semester tahun 2000 dulu.
- Sesi ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Farhan B Wijaya, Imam Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Memang respect kat dia, umur baru 25 tahun.
- Hakikat solat itu ialah supaya berhadap segala hamba kepadaNya dalam rupa kehambaan dengan keadaan; Tazallulan (merendah diri), Taslim (menyerah diri), Tabazzulan (menghinakan diri), Takhaddu'(khudu'), Takasshu'(khusyuk), Taragghuban(gemar dan suka) dan Tamalluqan(rindu dendam).
- Syarat batin solat itu; Hadir hati, Tafahhum, Ta'zhiim, Haibah, Roja' dan Haya'.
- Kesalahan bacaan terbahagi kepada 2 iaitu Lahnul Jali dan Lahnul Khafi.
- Sebutan 'BIS' pada basmalah mestilah jelas.
- Sebutan huruf Ra jangan terlalu banyak getarannya. Guru beliau menyarankan 2 kali getaran sahaja. Contoh pada Ar-Rahmanirrohim. Bukan Arrrrrahmanirrrrrrohim.
- Saranan beliau untuk semua: Teruskan berusaha memahirkan bacaan Al-Quran dengan bermusyafahah dengan guru. Beliau sendiri pernah berguru/musyafahah dengan seorang pensyarah Darul Quran dari Mesir selama 2 tahun walaupun pada ketika itu beliau sudah memiliki master dalam pengajian Quran dan Sunnah.
- Berusaha menjadi imam yang diredhai makmum dengan membaiki bacaan, tajwid, tarannum berterusan.
- Akhlak yang baik
- Contoh teladan kepada anak qariah - dalam urusan kerja, tarbiyah rumahtangga, hal ehwal ibadat, mu'amalah dan lain-lain
- Sentiasa menjaga syariat
- Ahli keuarga terpantau dengan panduan agama
- Kelulusan agama yang setanding - sekurang-kurang asas pondok atau Empat Thanawi.
- Diakui kebolehan oleh anak qariah
- Lulus ujian lisan atau bertulis oleh pihak MAIS atau JAIS
- Kerja dengan ikhlas
- Imam/Pengurus yang Ideal
- Menghidupkan semangat mesyuarat
- Menentulan pembahagian kerja dan kegiatan masjid
- Hubungan baik dengan anak qariah
- Tempat tinggal - berhampiran dengan surau, mampu ke surau/masjid walaupun hujan atau panas.
- Pendamai rumahtangga
- Penolong amil zakat
Budaya Korporat dalam Pengurusan Surau/Masjid
- Memaksimakan keuntungan dengan modal yang minima - dengan sumber yang terhad, dengan sedikit kekreatifan pengurusan surau mampu menarik ahli qariah untuk memakmurkan surau.
- Sistem penyampaian yang berkesan - komunikasi yang berkesan antara pengurusan surau dengan penduduk supaya hubungan antara surau dan penduduk sentiasa hidup.
- Sentiasa respon dengan penambahbaikan - menerima semua komen yang membina dengan hati yang terbuka.
- Jika surau mempunyai PA sistem untuk disewa, pengurusan surau boleh meletakkan syarat supaya tidak memasang lagu dangdut, rock, jiwang dan yang melalaikan tetapi memilih alternatif seperti nasyid, zikir, selawat dan qasidah. Dengan syarat sebegini sekurang-kurangnya ahli qariah peka dengan tuntutan syariat.
Komen peribadi:
- Satu kursus yang dapat memperbaiki lagi ciri-ciri seorang imam yang perlu samada dalam ibadat(bacaan quran, sifat solat dan pengurusan)
- Kursus ini berjaya mewujudkan networking antara imam-imam surau daerah Hulu Langat dan Gombak. Boleh bertukar-tukar pandangan.
- Bukan mudah menjadi imam. Tanggungjawab imam bukan sekadar menanggung fatihah makmum dalam solat sahaja. Ustaz Muhammad Farhan kata, jika dalam negeri Selangor ada 50,000 wanita muslim tidak bertudung, imamlah yang bertanggung jawab. Disebabkan imam negeri tak mampu nak tanggung, sebab itulah ia dibahagikan sedikit kepada imam kedua dan ketiga, seterusnya imam masjid daerah sedikit, imam masjid mukim sikit. Imam masjid mukim pulak kongsi pulak dengan imam-imam surau hehe. Pendek kata tugas amar makruf nahi munkar wajiblah dilaksanakan.
- Tugas imam surau bukan mudah sebab mereka bukannya full time jadi imam. Ada yang kerja cikgu, kontraktor , researcher, petroleum engineer dan lain-lain. Banyak tugas yang tak mampu dijalankan. Oleh itu para makmum/anak qariah haruslah saling support imam anda.
Itu sahaja yang sempat dicoretkan, moga memberi manfaat.
p/s: Apa khabar imam surau anda dan apa khabar surau anda?
No comments:
Post a Comment