Friday, June 12, 2009

Peristiwa Malam Keliwon

Semalam malam Jumaat. Malam cerita Keliwon. Tengok gitu-gitu sambil melayari internet mencari berita dan maklumat terkini.

Alhamdulillah, isteriku telah selamat menjalani peperiksaan KPLI j-QAF di Institut Perguruan Islam Selangor kelmarin. Jelas kelihatan keriangan pada wajahnya yang selama ini kepenatan sepanjang kursus. Aku cuba membantu dan support sedaya upaya sebagai seorang suami dan teman. Adakala aku masak bilamana dia kurang sihat dan sibuk menyiapkan BBM (Bahan Bantu Mengajar) dan sebagainya. Sedap Abang masak katanya. Nak minta tolong masak lagi la tu hehe. Baiklah, kalau Abang tak sempat nanti Abang masak kat kedai.

Adakala bilamana isteriku tertidur kepenatan selepas solat Isyak, aku tolong cucikan pinggan mangkok, periuk dan kuali. Maklumlah sekolah petang, di musim suhu meningkat dan kesesakan jalan membuatkan dia kehabisan tenaga untuk berkhidmat kepada suaminya. Takpe, sayang rehat, biar abang iron baju sendiri. Tapi kadang-kadang tak sampai hati juga dia melihat suaminya meng'iron' baju sebab lepas aku iron dia kata "Eee ada kedut banyak lagi tu. Abang tinggal la, nanti Noor ironkan". Camtula wanita, very particular.

Semalam malam Jumaat. Malam cerita Keliwon. Isteriku dah habis periksa j-QAF yea yea.

Ada orang jemput solat hajat sempena pembukaan kedai dobi baru di Seksyen 7, sebelah restoran Salak Thai. Moga Allah permudahkan urusan mereka dan jadikan perniagaan mereka maju. Ada buah tangan yang dibawa pulang, sebungkus nasi ayam dengan 2 biji buah rambutan. Saja tak nak makan kat sana sebab nak share dengan bini hehe. Tapi sampai kat umah, bini dah tertidur tak larat nak bangun. Maklumlah semalam tak tidur sebab duk menghafal nak periksa final paper. Alih-alih bila aku masuk tidur, dia pulak terbangun dan mintak maaf sebab betul-betul tak larat nak temankan Abang makan tadi. Aku kata takpe, Abang dah makan dah.

Orang perempuan kadang-kadang kita kena faham. Ada ketika tertentu mood mereka berubah tak tentu pasal. Baru aku teringat akan kitaran yang Allah jadikan dalam diri wanita setiap bulan. Entah macamana, ketika aku bertanya tentang kursus BTN yang dia kena hadiri sabtu ini, dan sampai kat mana ntah, mungkin hormon dalam badan yang tak menentu di samping nasi ayam yang telah kuhabiskan, tiba-tiba isteriku merajuk kata aku marah kat dia. Aik mana ada Abang marah, cuba tengok muka Abang kan tengah senyum ni. Orang marah mana boleh senyum. Tapi dia terus masam. Mungkin dia masih rasa bersalah sebab tak larat bangun temankan aku makan nasi ayam tadi dan aku pula dah habiskan. Isteriku masih masam...

Semalam malam Jumaat. Malam cerita Keliwon. Kadang-kadang aku nak gelak jugak tengok hantu dalam Keliwon. Seram pun ada jugak tapi cepat-cepat aku bagitau minda bahawa itu hanya makhluk. Makhluk tak boleh bagi manfaat dan tak boleh bagi mudarat. Yang boleh bagi manfaat dan mudarat hanyalah ALLAH.


Lampu bilik masih terbuka. Isteriku masih tak bagi respon. Aku pun kata sape merajuk kena tutup lampu. Takde respon jugak. "Oklah, Abang yang merajuk Abang yang tutup", lantas aku bangun dan tutup suis lampu dan baring semula. Tiba-tiba kedengaran...

Tiiiiiiiii Hech Arrrrrrr rrrrrrr Houwo wo yeaaa THR bukan sekadar muzik

Dengan kalimah bismillahirrohmanirrohiim..Assalaaaaamu'alaikummmmmmhhh..

Apa khabar pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik. Dari utara membawa berita, dari selatan membawa utusan, dari timur membawa makmur, dari barat membawa berkat.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersua kita kembali di arena maya ini. Apa barang pukol 12 dah tidur geng. Malam ini malam jumaat. Kita akan mengadakan segmen cerita seram. Dengan itu sila calling-calling 03-95438787 untuk berkongsi kisah seram anda.

Dan bagi menghangatkan lagi malam ini kita putarkan sebuah lagu daripada kumpulan System of A Down yang bertajuk Aerials.

Ding ding ding.... ding ding ding....Ding ding ding ding ding ding ding ding ding...

Life is a waterfall We're one in the river And one again after the fall

Swimming through the void We hear the word We lose ourselves but we find it all

Cause we are the ones that want to play Always want to go
But you never want to stay

Aerials in the sky When you lose small mind You free your life

Tiba-tiba isteriku respon. Asyik dengar lagu je, orang nak dengar suara DJ.

Erk..
Aku pun sambung lagi

Aerials in the sky ik ik ik....
(Sila baca dengan nada Isma Halil Hamzah pelahan-pelahan dengan suasana sunyi dan seram)


Alamak, kita ada sedikit masalah teknikal, cd sudah rosak agaknya. tapi takpe, walaupun begitu, meskipun begitu, walaubagaimanapun, yang demikian itu, arakian, sekonyong-konyongnya, walhal, namun begitu kita teruskan juga segmen kita malam ini. Dan kita cuba mengambil panggilan kita yang pertama pada malam ini.

Hello, siapa di talian.

Hello, THR ke.

Ye hello. Siapa di talian.

Saya fahrin.

Ye fahrin, fahrin buat panggilan dari mana ni fahrin.

Saya buat panggilan dari Jalan Batu 2.

Batu berape? tak berapa jelas .

Batu 2.

Boleh ulang lagi sekali?

Batu 2 la bodoh.

Ok takpe. Kita teruskan dengan cerita seram. Fahrin boleh mulakan cerita untuk dikongsikan bersama dengan pendengar THR semua. Bila kisah ini berlaku ni fahrin?

Ok. Kisah ini berlaku pada suatu malam Jumaat. Masa tu kitorang pergi ke Ulu Yam untuk berkelah. Dalam perjalanan pulang masa tu dah pukul 12 tengah malam dah. Sampai kat satu tempat tu, tiba-tiba ada kabus yang tebal sangat melitupi jalan sampai tak nampak apa-apa kat depan. So kawan saya ni perlahankan sedikit kereta sebab kabus tebal sangat. Tiba-tiba kami ternampak satu lembaga kat tengah jalan memakai baju berwarna putih dengan rambut juga putih terurai. Mukanya hodoh sekali berbiji-biji dan matanya terkeluar. Disebabkan terkejut sangat kawan saya ni membelok kereta lalu masuk ke dalam gaung yang dalam di sebelah kiri jalan.

Lepas tu apa yang terjadi.

Lepas tu bila saya tersedar saya cuba mencari kawan saya tadi tapi sampai sekarang masih tak jumpa. Itulah cerita seram saya semasa saya masih hidup.

Erk. Masa masih hidup?

Ye, masa tu saya masih hidup tapi sekarang saya sudah mati. Huhuhuhuhu...........

Erk.

Akhirnya DJ masuk hospital 3 minggu demam terkejut.

Masa ni isteri aku dah datang peluk aku dah hehe. Tau takut...Tiba-tiba dia pulak gelak kat aku sambil tutup mulut menahan ketawa sambil tunjuk handphone Sony Ericssonnya yang sedang record dari tadi. Patutla senyap je dari tadi tak respon pun kat Abang. Ropenye tengah record suara Abang. Oh aku terkena. Wakenabeb.

Kitorang pun pasang balik record tadi sambil tahan gelak sebelum tidur sebab dah pukul 12 lebih dah. Kang nak bangun Subuh berjemaah baca surah Sajadah lagi.

Sekian kisah seram malam Keliwon.

p/s: Malam ini malam Keliwon. Yang berkuasa, Yang bagi manafaat bagi mudarat Hanya ALLAH. Malam tadi malam Jumaat, malam cerita Keliwon. Jangan lupa datang solat Subuh berjemaah di surau/masjid korang. Jangan biarkan hidup anda diselubungi selimut.

Wednesday, June 3, 2009

Kursus Imam Surau Daerah Gombak & Hulu Langat

Alhamdulillah dengan izin Allah aku telah diminta mewakili surau di pangsapuri ini sebagai imam ke Kursus Imam Surau Daerah Gombak dan Hulu Langat pada 1-3 Jun 2009. Kursus ini diadakan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

Bas ada disediakan dan kami diminta menaiki bas tersebut di hadapan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kajang jam 9 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Akhirnya kami tiba di ILDAS pada jam 1 tengahari setelah singgah untuk mengambil peserta dari Masjid Daerah Gombak.


Receptionist ILDAS


Sebahagian peserta sedang mendaftar untuk mengambil kunci bilik


Setelah daftar, kami menjamu selera di Anjung Selera sebelum solat Zohor dan berehat. Sesi ta'aruf yang dijadualkan pada 2.30 ptg terpaksa ditunda ke 4 ptg kerana bas kedua dari Gombak masih belum tiba.


Jadual program/aktiviti secara ringkasnya seperti berikut:

Hari Pertama 1 Jun 2009

  • 4-5 ptg Taklimat danTaaruf
  • 5-6.30 ptg Bebas
  • 6.30-7.30 Makan malam
  • 7.30-9 mlm Maghrib, Yasin, Isya'
  • 9.00-11 mlm Ceramah: Teori & Praktikal Solat

Hari Kedua 2 Jun 2009

  • 5.30-8.30 pg Subuh, Kuliah Subuh, Persiapan diri, Sarapan
  • 8.30-10.30 Sambungan ceramah: Teori & Praktikal Solat
  • 11-1 ptg Bengkel Tahsin Qiraat
  • 1-2.30 ptg Lunch, Zohor, Rehat
  • 2.30-4.30 ptg Sambungan Bengkel Tahsin Qiraat
  • 4.30ptg-9mlm Minum petang, Asar, Riadah, Dinner, Maghrib, Kuliah Maghrib, Isya'
  • 9mlm-11 mlm Sambungan Bengkel

Hari Ketiga 3 Jun 2009

  • 5.30-8.30 pg Subuh, Kuliah Subuh, Persiapan diri, Sarapan
  • 8.30-10.30 Ceramah: Sahsiah Imam Yang Berwibawa
  • 11-1 ptg Ceramah Nilai & Majlis Penutup
  • 1-2 ptg Lunch, Zohor, Check-out,Bertolak pulang

Selain kursus Imam, ada juga kursus untuk pelajar sekolah Agama menengah dan 2 kursus yang lain. Pelajar-pelajar sekolah sedang melakukan aktiviti riadah.


Penceramah Bengkel Tahsin Qiraat, Ust Napiah B Sahrani.


Kena ke depan dan memperdengarkan bacaan Fatihah dan satu surah pendek. Komen oleh penceramah: Anta belajar tahfiz ke?

Ust Ramli B Sidon, ceramah Sahsiah Imam yang Berwibawa
Peserta khusyuk mendengar ceramah

Pak imam otai depan sekali

Bukan mudah menjadi imam.

Antara mutiara ilmu yang dikutip buat bekalan.


Sesi Teori & Praktikal Solat (Tahsin Solat)
  • Refresh kembali akan zahir dan batin dalam solat seperti yang telah belajar dulu dalam kitab Munyatul Musolli kat Pondok Pasir Tumboh masa cuti semester tahun 2000 dulu.
  • Sesi ini disampaikan oleh Ustaz Muhammad Farhan B Wijaya, Imam Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Memang respect kat dia, umur baru 25 tahun.
  • Hakikat solat itu ialah supaya berhadap segala hamba kepadaNya dalam rupa kehambaan dengan keadaan; Tazallulan (merendah diri), Taslim (menyerah diri), Tabazzulan (menghinakan diri), Takhaddu'(khudu'), Takasshu'(khusyuk), Taragghuban(gemar dan suka) dan Tamalluqan(rindu dendam).
  • Syarat batin solat itu; Hadir hati, Tafahhum, Ta'zhiim, Haibah, Roja' dan Haya'.

Bengkel Tahsin Qiraat
  • Kesalahan bacaan terbahagi kepada 2 iaitu Lahnul Jali dan Lahnul Khafi.
  • Sebutan 'BIS' pada basmalah mestilah jelas.
  • Sebutan huruf Ra jangan terlalu banyak getarannya. Guru beliau menyarankan 2 kali getaran sahaja. Contoh pada Ar-Rahmanirrohim. Bukan Arrrrrahmanirrrrrrohim.
  • Saranan beliau untuk semua: Teruskan berusaha memahirkan bacaan Al-Quran dengan bermusyafahah dengan guru. Beliau sendiri pernah berguru/musyafahah dengan seorang pensyarah Darul Quran dari Mesir selama 2 tahun walaupun pada ketika itu beliau sudah memiliki master dalam pengajian Quran dan Sunnah.
  • Berusaha menjadi imam yang diredhai makmum dengan membaiki bacaan, tajwid, tarannum berterusan.
Sahsiah Imam yang Berwibawa
Ada 15 sahsiah imam yang disenaraikan oleh JAIS. Bukan mudah jadi imam. Kadang-kadang bila orang panggil aku imam, aku akan jawab " Ana bukan imam, Ana demam".
  1. Akhlak yang baik
  2. Contoh teladan kepada anak qariah - dalam urusan kerja, tarbiyah rumahtangga, hal ehwal ibadat, mu'amalah dan lain-lain
  3. Sentiasa menjaga syariat
  4. Ahli keuarga terpantau dengan panduan agama
  5. Kelulusan agama yang setanding - sekurang-kurang asas pondok atau Empat Thanawi.
  6. Diakui kebolehan oleh anak qariah
  7. Lulus ujian lisan atau bertulis oleh pihak MAIS atau JAIS
  8. Kerja dengan ikhlas
  9. Imam/Pengurus yang Ideal
  10. Menghidupkan semangat mesyuarat
  11. Menentulan pembahagian kerja dan kegiatan masjid
  12. Hubungan baik dengan anak qariah
  13. Tempat tinggal - berhampiran dengan surau, mampu ke surau/masjid walaupun hujan atau panas.
  14. Pendamai rumahtangga
  15. Penolong amil zakat

Budaya Korporat dalam Pengurusan Surau/Masjid

  • Memaksimakan keuntungan dengan modal yang minima - dengan sumber yang terhad, dengan sedikit kekreatifan pengurusan surau mampu menarik ahli qariah untuk memakmurkan surau.
  • Sistem penyampaian yang berkesan - komunikasi yang berkesan antara pengurusan surau dengan penduduk supaya hubungan antara surau dan penduduk sentiasa hidup.
  • Sentiasa respon dengan penambahbaikan - menerima semua komen yang membina dengan hati yang terbuka.
  • Jika surau mempunyai PA sistem untuk disewa, pengurusan surau boleh meletakkan syarat supaya tidak memasang lagu dangdut, rock, jiwang dan yang melalaikan tetapi memilih alternatif seperti nasyid, zikir, selawat dan qasidah. Dengan syarat sebegini sekurang-kurangnya ahli qariah peka dengan tuntutan syariat.

Komen peribadi:

  • Satu kursus yang dapat memperbaiki lagi ciri-ciri seorang imam yang perlu samada dalam ibadat(bacaan quran, sifat solat dan pengurusan)
  • Kursus ini berjaya mewujudkan networking antara imam-imam surau daerah Hulu Langat dan Gombak. Boleh bertukar-tukar pandangan.
  • Bukan mudah menjadi imam. Tanggungjawab imam bukan sekadar menanggung fatihah makmum dalam solat sahaja. Ustaz Muhammad Farhan kata, jika dalam negeri Selangor ada 50,000 wanita muslim tidak bertudung, imamlah yang bertanggung jawab. Disebabkan imam negeri tak mampu nak tanggung, sebab itulah ia dibahagikan sedikit kepada imam kedua dan ketiga, seterusnya imam masjid daerah sedikit, imam masjid mukim sikit. Imam masjid mukim pulak kongsi pulak dengan imam-imam surau hehe. Pendek kata tugas amar makruf nahi munkar wajiblah dilaksanakan.
  • Tugas imam surau bukan mudah sebab mereka bukannya full time jadi imam. Ada yang kerja cikgu, kontraktor , researcher, petroleum engineer dan lain-lain. Banyak tugas yang tak mampu dijalankan. Oleh itu para makmum/anak qariah haruslah saling support imam anda.

Itu sahaja yang sempat dicoretkan, moga memberi manfaat.

p/s: Apa khabar imam surau anda dan apa khabar surau anda?