Saturday, January 16, 2010

Doa Selamat Berangkat Menunaikan Ibadat Haji

Saja nak berkongsi sebuah doa iaitu doa hajat samada solat hajat atau doa selamat untuk saudara kita atau ahli jemaah yang akan berangkat menunaikan ibadat Haji. Credit to Ustaz Hamdan Al Banjari Al Batami dari UKM. Semoga bermanfaat untuk tuan-tuan yang diminta memimpin doa tersebut.
,اللهم انّا نسئلك موجبات رحمتك وعزائم مغفرتك والسّلامة من كل اثم والغنيمة من كل برّ والفوز بالجنّة والنّجاة من النّار
,الّلهمّ لا تدع لنا في مقامنا هذا ذنبا الاّ غفرته ولا عيبا الا سترته ولا همّا الا فرّجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها ياأرحم الرّاحمين

الّلهمّ انّا نسئلك ان تقضي حاجاتنا خصوصا لحاجة اخينا _____ بن _______(مع زوجته) من اداء عبادة الحجّ, والعمرة بمكّة المشرّفة, والزّيارة الى مقام النّبي صلى الله عليه وسلم بالمدينة المنوّرة في هذه السنة بسهولة وكاملة فى صحّة وعافية وسلامة من ابتداء سفره (ها)(هما) هتى رجوعه فى وطنه, وكن له صاحبا فى سفره وخليفة فى اهله, اللهم اعصمه من الرفث والفسوق والجدال, ومن البلاء والوباء والنقمة ,واصرف عنه كل شر, اللهم اكفه ما اهمه, اللهم ذلل صعوبة امره ,وسهل على مشقة سفره, وارزقه من الخير اكثر مما يطلب(يطلبان), اللهم انا نسئلك ونستحفظك ونستودعك انفسنا وانفسه وانصره على عبادته حتى يعمل باخلاص وسلامة من غير شك ولا ترديد, اللهم انا نسئلك هذا البر والتقوى ومن العمل ما تحب وترضى, اللهم اجعل حجه حجا مبرورا وعمرته عمرة مقبولا وسعيه سعيا مشكورا وذنبه ذنبا مغفورا وزيارته زيارة مباركا وتجارته تجارة لن تبور, ربنا تقبل منا انك انت السميع العليم وتب علينا انك انت التواب الرحيم ,ربنا أتنا فى الدنيا حسنة........ الخ

Sunday, January 3, 2010

Pernah Kena Karan?


Tetiba aku teringat kisah waktu aku kecik dulu. Waktu umur 11 tahun. Darjah 5. Masa tu aku tak ingat apa yang mempengaruhi tapi aku teruja untuk mencuba satu eksperimen. Eksperimen untuk merasa bagaimana rasanya elektrik.


Mungkin masa tu aku selalu pasang radio dan main kaset. Lalu aku terfikir bagaimana daripada elektrik boleh menghidupkan radio dan seterusnya memutarkan kaset dan menghasilkan bunyi yang enak didengar.


Lantas pada hari itu aku mencabut hujung plug di belakang radio dan dengan penuh nekad aku menekan ibu jariku menyentuh logam dalam plug tersebut. Apalagas, Trrrrrrrrrrr....... Mujurlah aku sempat menarik balik jari melepaskan diri. Jantung berdegup kencang. Mulutku terkedu.Oh betapa begitunya getaran elektrik.


Sejak peristiwa itu, setiap kali berurusan dengan peralatan mahupun suis elektrik, memang aku lebih berhati-hati. Memang kita perlu berhati-hati pun kan.

Waktu aku mula-mula pindah rumah flat sini, aku terpaksa datang basuh pada waktu malam sebab sibuk kerja siang hari. Sebelum aku sembur air dengan paip getah, aku off dulu main switch. Sebab aku takut air di lantai boleh bersambung dengan plak elektrik di tepi dinding. Akibatnya, Abang Aziz, jiran sebelah rumah datang ketuk pintu sebab lampu gelap tapi ada bunyi orang basuh rumah malam-malam. Lagipun ada air meleleh keluar sikit ke depan pintu rumahnya.

Teringat sebuah hadis yang diajar dalam subjek hadis masa tingkatan 3 berkenaan halawatal iman yakni kemanisan iman.

Dari Anas r.a. bahwa Nabi saw. bersabda, "Tiga hal yang apabila terdapat pada diri seseorang maka ia mendapat manisnya iman yaitu Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai olehnya daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya karena Allah, dan ia benci untuk kembali ke dalam kekafiran sebagaimana bencinya untuk dicampakkan ke dalam neraka."

Untuk menyentuh hujung plug sekali untuk merasa elektrik, kita akan terus katakan TIDAK. Tapi untuk kembali melakukan dosa, mulut kata tidak tapi dosa masih berlaku. Owh.

Sunday, July 5, 2009

Ijtima' Malaysia 2009

Ahad minggu lepas aku menghantar Aingah dan anaknya yang mendapat tawaran Diploma Pertanian di UPM Kampus Bintulu ke Terminal LLCT Sepang. Dalam perjalanan pulang aku dan isteri singgah ke Bandar Enstek, Kuarters KLIA untuk meninjau tapak Ijtima Malaysia yang semakin dekat tarikhnya iaitu pada 9,10,11 dan 12 Julai 2009.

Sedikit sahaja yang sempat diambil supaya tidak mengganggu ketenteraman saudara-saudara yang bertungkus bergotong-royong menyiapkan tapak Ijtima'. Moga Allah mempermudahkan kerja mereka dan berkati mereka.



Respon dari aku.
Sekiranya korang berkelapangan atau dalam kata lain, LAPANGKANLAH waktu korang untuk turut serta dalam Ijtima' Malaysia ini kerana Allah ta'ala. Sekiranya kita benar-benar ingin islahkan diri kita, pandanglah dan rebutlah peluang ini dengan pandangan dan harapan yang paling baik.

Sekiranya korang pandang dengan pandangan untuk mencari keburukan jemaah ini, aku gerenti korang akan dapat senaraikan 1001 macam keburukan jemaah ini. Malah jemaah Islam mana-manapun korang akan dapat perkara yang sama iaitu keburukan.

Namun jika korang pandang dengan niat untuk belajar kebaikan dari jemaah ini malah dari mana-mana jemaah pun pasti korang akan dapat KEBAIKAN.

Bak kata hukama'. Sekiranya seorang itu mempunyai 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah akan kebaikan yang 1 itu nescaya kebaikan dalam dirimu akan bertambah. Dan tiliklah akan dirimu, walaupun kamu mempunyai 99 kebaikan dan 1 keburukan, tiliklah keburukanmu itu mudah-mudahan kamu dapat perbaiki keburukan itu.

Ijtima' nanti, yang akan berucap bukanlah calang-calang orangnya. Mereka adalah ulama-ulama yang mengabdikan diri mereka hanya untuk agama. Kita yang masih mempunyai kotoran dunia ini boleh pula meremeh-temehkan golongan ulama ini. Siapalah kita untuk mengkritik usaha dakwah ini. Solat berjemaah pun belum mampu untuk istiqomah setiap waktu, ada hati nak mencari kesalahan orang.

Tidak dinafikan banyak kelemahan dan kekurangan pada mereka yang terlibat dalam usaha dakwah ini kerana memang lumrah manusia ada yang jahil dan ada yang pandai. Sama-sama kita perbaiki. Yang pandai tegurlah dengan hikmah. Yang jahil bersedialah untuk menerima teguran dan perbaikilah diri.

p/s: Ayah dari Kelantan ada azam nak datang Ijtima', namun terpaksa batalkan sebab keuzuran tubuh badan yang dah berumur. Moga Allah sentiasa pelihara kesejahteraan beliau untuk terus beribadat.

Friday, June 12, 2009

Peristiwa Malam Keliwon

Semalam malam Jumaat. Malam cerita Keliwon. Tengok gitu-gitu sambil melayari internet mencari berita dan maklumat terkini.

Alhamdulillah, isteriku telah selamat menjalani peperiksaan KPLI j-QAF di Institut Perguruan Islam Selangor kelmarin. Jelas kelihatan keriangan pada wajahnya yang selama ini kepenatan sepanjang kursus. Aku cuba membantu dan support sedaya upaya sebagai seorang suami dan teman. Adakala aku masak bilamana dia kurang sihat dan sibuk menyiapkan BBM (Bahan Bantu Mengajar) dan sebagainya. Sedap Abang masak katanya. Nak minta tolong masak lagi la tu hehe. Baiklah, kalau Abang tak sempat nanti Abang masak kat kedai.

Adakala bilamana isteriku tertidur kepenatan selepas solat Isyak, aku tolong cucikan pinggan mangkok, periuk dan kuali. Maklumlah sekolah petang, di musim suhu meningkat dan kesesakan jalan membuatkan dia kehabisan tenaga untuk berkhidmat kepada suaminya. Takpe, sayang rehat, biar abang iron baju sendiri. Tapi kadang-kadang tak sampai hati juga dia melihat suaminya meng'iron' baju sebab lepas aku iron dia kata "Eee ada kedut banyak lagi tu. Abang tinggal la, nanti Noor ironkan". Camtula wanita, very particular.

Semalam malam Jumaat. Malam cerita Keliwon. Isteriku dah habis periksa j-QAF yea yea.

Ada orang jemput solat hajat sempena pembukaan kedai dobi baru di Seksyen 7, sebelah restoran Salak Thai. Moga Allah permudahkan urusan mereka dan jadikan perniagaan mereka maju. Ada buah tangan yang dibawa pulang, sebungkus nasi ayam dengan 2 biji buah rambutan. Saja tak nak makan kat sana sebab nak share dengan bini hehe. Tapi sampai kat umah, bini dah tertidur tak larat nak bangun. Maklumlah semalam tak tidur sebab duk menghafal nak periksa final paper. Alih-alih bila aku masuk tidur, dia pulak terbangun dan mintak maaf sebab betul-betul tak larat nak temankan Abang makan tadi. Aku kata takpe, Abang dah makan dah.

Orang perempuan kadang-kadang kita kena faham. Ada ketika tertentu mood mereka berubah tak tentu pasal. Baru aku teringat akan kitaran yang Allah jadikan dalam diri wanita setiap bulan. Entah macamana, ketika aku bertanya tentang kursus BTN yang dia kena hadiri sabtu ini, dan sampai kat mana ntah, mungkin hormon dalam badan yang tak menentu di samping nasi ayam yang telah kuhabiskan, tiba-tiba isteriku merajuk kata aku marah kat dia. Aik mana ada Abang marah, cuba tengok muka Abang kan tengah senyum ni. Orang marah mana boleh senyum. Tapi dia terus masam. Mungkin dia masih rasa bersalah sebab tak larat bangun temankan aku makan nasi ayam tadi dan aku pula dah habiskan. Isteriku masih masam...

Semalam malam Jumaat. Malam cerita Keliwon. Kadang-kadang aku nak gelak jugak tengok hantu dalam Keliwon. Seram pun ada jugak tapi cepat-cepat aku bagitau minda bahawa itu hanya makhluk. Makhluk tak boleh bagi manfaat dan tak boleh bagi mudarat. Yang boleh bagi manfaat dan mudarat hanyalah ALLAH.


Lampu bilik masih terbuka. Isteriku masih tak bagi respon. Aku pun kata sape merajuk kena tutup lampu. Takde respon jugak. "Oklah, Abang yang merajuk Abang yang tutup", lantas aku bangun dan tutup suis lampu dan baring semula. Tiba-tiba kedengaran...

Tiiiiiiiii Hech Arrrrrrr rrrrrrr Houwo wo yeaaa THR bukan sekadar muzik

Dengan kalimah bismillahirrohmanirrohiim..Assalaaaaamu'alaikummmmmmhhh..

Apa khabar pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik. Dari utara membawa berita, dari selatan membawa utusan, dari timur membawa makmur, dari barat membawa berkat.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersua kita kembali di arena maya ini. Apa barang pukol 12 dah tidur geng. Malam ini malam jumaat. Kita akan mengadakan segmen cerita seram. Dengan itu sila calling-calling 03-95438787 untuk berkongsi kisah seram anda.

Dan bagi menghangatkan lagi malam ini kita putarkan sebuah lagu daripada kumpulan System of A Down yang bertajuk Aerials.

Ding ding ding.... ding ding ding....Ding ding ding ding ding ding ding ding ding...

Life is a waterfall We're one in the river And one again after the fall

Swimming through the void We hear the word We lose ourselves but we find it all

Cause we are the ones that want to play Always want to go
But you never want to stay

Aerials in the sky When you lose small mind You free your life

Tiba-tiba isteriku respon. Asyik dengar lagu je, orang nak dengar suara DJ.

Erk..
Aku pun sambung lagi

Aerials in the sky ik ik ik....
(Sila baca dengan nada Isma Halil Hamzah pelahan-pelahan dengan suasana sunyi dan seram)


Alamak, kita ada sedikit masalah teknikal, cd sudah rosak agaknya. tapi takpe, walaupun begitu, meskipun begitu, walaubagaimanapun, yang demikian itu, arakian, sekonyong-konyongnya, walhal, namun begitu kita teruskan juga segmen kita malam ini. Dan kita cuba mengambil panggilan kita yang pertama pada malam ini.

Hello, siapa di talian.

Hello, THR ke.

Ye hello. Siapa di talian.

Saya fahrin.

Ye fahrin, fahrin buat panggilan dari mana ni fahrin.

Saya buat panggilan dari Jalan Batu 2.

Batu berape? tak berapa jelas .

Batu 2.

Boleh ulang lagi sekali?

Batu 2 la bodoh.

Ok takpe. Kita teruskan dengan cerita seram. Fahrin boleh mulakan cerita untuk dikongsikan bersama dengan pendengar THR semua. Bila kisah ini berlaku ni fahrin?

Ok. Kisah ini berlaku pada suatu malam Jumaat. Masa tu kitorang pergi ke Ulu Yam untuk berkelah. Dalam perjalanan pulang masa tu dah pukul 12 tengah malam dah. Sampai kat satu tempat tu, tiba-tiba ada kabus yang tebal sangat melitupi jalan sampai tak nampak apa-apa kat depan. So kawan saya ni perlahankan sedikit kereta sebab kabus tebal sangat. Tiba-tiba kami ternampak satu lembaga kat tengah jalan memakai baju berwarna putih dengan rambut juga putih terurai. Mukanya hodoh sekali berbiji-biji dan matanya terkeluar. Disebabkan terkejut sangat kawan saya ni membelok kereta lalu masuk ke dalam gaung yang dalam di sebelah kiri jalan.

Lepas tu apa yang terjadi.

Lepas tu bila saya tersedar saya cuba mencari kawan saya tadi tapi sampai sekarang masih tak jumpa. Itulah cerita seram saya semasa saya masih hidup.

Erk. Masa masih hidup?

Ye, masa tu saya masih hidup tapi sekarang saya sudah mati. Huhuhuhuhu...........

Erk.

Akhirnya DJ masuk hospital 3 minggu demam terkejut.

Masa ni isteri aku dah datang peluk aku dah hehe. Tau takut...Tiba-tiba dia pulak gelak kat aku sambil tutup mulut menahan ketawa sambil tunjuk handphone Sony Ericssonnya yang sedang record dari tadi. Patutla senyap je dari tadi tak respon pun kat Abang. Ropenye tengah record suara Abang. Oh aku terkena. Wakenabeb.

Kitorang pun pasang balik record tadi sambil tahan gelak sebelum tidur sebab dah pukul 12 lebih dah. Kang nak bangun Subuh berjemaah baca surah Sajadah lagi.

Sekian kisah seram malam Keliwon.

p/s: Malam ini malam Keliwon. Yang berkuasa, Yang bagi manafaat bagi mudarat Hanya ALLAH. Malam tadi malam Jumaat, malam cerita Keliwon. Jangan lupa datang solat Subuh berjemaah di surau/masjid korang. Jangan biarkan hidup anda diselubungi selimut.