Sunday, July 5, 2009

Ijtima' Malaysia 2009

Ahad minggu lepas aku menghantar Aingah dan anaknya yang mendapat tawaran Diploma Pertanian di UPM Kampus Bintulu ke Terminal LLCT Sepang. Dalam perjalanan pulang aku dan isteri singgah ke Bandar Enstek, Kuarters KLIA untuk meninjau tapak Ijtima Malaysia yang semakin dekat tarikhnya iaitu pada 9,10,11 dan 12 Julai 2009.

Sedikit sahaja yang sempat diambil supaya tidak mengganggu ketenteraman saudara-saudara yang bertungkus bergotong-royong menyiapkan tapak Ijtima'. Moga Allah mempermudahkan kerja mereka dan berkati mereka.



Respon dari aku.
Sekiranya korang berkelapangan atau dalam kata lain, LAPANGKANLAH waktu korang untuk turut serta dalam Ijtima' Malaysia ini kerana Allah ta'ala. Sekiranya kita benar-benar ingin islahkan diri kita, pandanglah dan rebutlah peluang ini dengan pandangan dan harapan yang paling baik.

Sekiranya korang pandang dengan pandangan untuk mencari keburukan jemaah ini, aku gerenti korang akan dapat senaraikan 1001 macam keburukan jemaah ini. Malah jemaah Islam mana-manapun korang akan dapat perkara yang sama iaitu keburukan.

Namun jika korang pandang dengan niat untuk belajar kebaikan dari jemaah ini malah dari mana-mana jemaah pun pasti korang akan dapat KEBAIKAN.

Bak kata hukama'. Sekiranya seorang itu mempunyai 99 keburukan dan 1 kebaikan, pandanglah akan kebaikan yang 1 itu nescaya kebaikan dalam dirimu akan bertambah. Dan tiliklah akan dirimu, walaupun kamu mempunyai 99 kebaikan dan 1 keburukan, tiliklah keburukanmu itu mudah-mudahan kamu dapat perbaiki keburukan itu.

Ijtima' nanti, yang akan berucap bukanlah calang-calang orangnya. Mereka adalah ulama-ulama yang mengabdikan diri mereka hanya untuk agama. Kita yang masih mempunyai kotoran dunia ini boleh pula meremeh-temehkan golongan ulama ini. Siapalah kita untuk mengkritik usaha dakwah ini. Solat berjemaah pun belum mampu untuk istiqomah setiap waktu, ada hati nak mencari kesalahan orang.

Tidak dinafikan banyak kelemahan dan kekurangan pada mereka yang terlibat dalam usaha dakwah ini kerana memang lumrah manusia ada yang jahil dan ada yang pandai. Sama-sama kita perbaiki. Yang pandai tegurlah dengan hikmah. Yang jahil bersedialah untuk menerima teguran dan perbaikilah diri.

p/s: Ayah dari Kelantan ada azam nak datang Ijtima', namun terpaksa batalkan sebab keuzuran tubuh badan yang dah berumur. Moga Allah sentiasa pelihara kesejahteraan beliau untuk terus beribadat.