Saturday, March 21, 2009

Bahrain Journal Day1

25 Januari 2009, 10.00 malam

Bertolak ke KLIA dengan menaiki teksi En Afindi, pengerusi Surau yang baru kat kelompok flat tempat tinggal aku sekarang. Sampai di KLIA dalam 10.40 pm. Flight pukul 12.30 am. Lepas check in luggage aku g rehat dulu kat Emirates Lounge sebelum ke balai menunggu kul 11.50. First time ke luar negara, pastu dapat Bussiness Class plak tu. Memang orang Darat. Semua makanan dan minuman disediakan. Siap aku gi tanya pelayan lagi tu makanan kat sini kena charge ke? Awek pelayan tu kata semua free for our guest. Aku pun apa lagi, pusing-pusing la, tengah-tengah malam ni layan makan best jugak. Nak musafir jauh la katakan.



Tiket Flight Pergi-Balik KL-Bahrain Bussiness Class (Company Sponsored. Kalau tak, Mimpi ajela)
Antara makanan yang disajikan

Minuman semua ada.

Last2 aku amik roasted chicken, bun and crab meat soup with mushroom

Meals served in this lounge are halal

Scallop with black bean sauce

Layan

Then aku naik flight tepat jam 12.30 am (Waktu Malaysia) dan tiba di Airport Dubai pukul 3.30 am selepas 6 jam penerbangan. Atas flight tak amik gambar sangat, nanti orang kata darat pulak. Sampai di Dubai aku gi rehat lagi kat Emirates lounge kat sana. Tengok jam dah kul 7 pagi. Oh waktu Malaysia rupanya. So kena la pusing balik jam ke waktu Dubai. Subuh ada lagi dalam 2jam 30 minit. Aku landing dulu kat sofa hehe tunggu Subuh.

Baru tiba di Airport Dubai
Pintu masuk Emirates Lounge kat Dubai
Prayer Room Emirates Lounge
Pukul 7.50 pagi gi balai menunggu untuk flight ke Bahrain pukul 8.30. Naik flight ada breakfast lagi. Tadi dah makan dah kat lounge. Makan aje.

Balai menunggu ke Bahrain EK837

Menu untuk breakfast

Penerbangan ke Bahrain ambil masa lebih kurang 1 jam juga. Sampai di Bahrain aku kena pusing jam lagi sekali sebab kat bahrain waktunya cepat 1 jam. So aku sampai kat Bahrain Airport padapukul 8.45 pagi.

Tuesday, February 24, 2009

On Job Attachment

17 Februari lepas, genap setahun aku menjalani attachment di Bangunan Rohas Perkasa ini. OJT atau On Job Attachment untuk satu research projek berkenaan Water Control atau Water Shut Off. The deliverable untuk projek ini ialah satu bendalir kimia baru yang akan disuntik ke dalam telaga minyak yang mempunyai masalah pengeluaran air yang tinggi. Bendalir kimia ini akan bertindak balas pada suhu tertentu dan akan bertukar menjadi gel yang keras yang seterusnya akan menyumbat liang-liang telaga bagi menghalang air dari batuan resevoir masuk ke dalam telaga.

17 Februari lepas, genap setahun aku ulang alik dari Bandar Baru Bangi ke KLCC ini. Mula-mula datang naik komuter, tapi tak tahan sebab manusia terlalu padat dalam tren kat stesen
UKM ni, macam sardin. Naik awal pagi pun padat apatah lagi waktu balik. SO naik motor, beli baju hujan. Tapi lama-lama tak tahan beb. Asap yang berkepul-kepul, balik umah macam
sesak nafas. Last-last aku naik kereta sendiri. Mujur boleh claim mileage dan parking, kalu tak kering poket jugak nih.

17 Februari lepas, genap setahun aku tak buka kitab reservoir simulation, discipline yang aku minat dan mungkin aku dah banyak ketinggalan dengan rakan-rakan lain yang attached buat reservoir simulation study. Walaupun begitu ada benda baru yang aku belajar kat sini. Meskipun secara disciplinenya aku agak lari dari position asal, tapi adala jugak something related to reservoir engineering iaitu 'Core Flooding'. Kami telah membeli sebuah peralatan yang bernama FRT - Formation Response Tester buatan Chandler untuk eksperimen yang akan dijalankan. Selain dari assignment yang diberikan oleh project manager di sini, kami juga diberi tugasan yang secara tidak langsung iaitu mengaplikasikan budaya Reseacrh & Development yang dipraktikkan oleh Schlumberger. Mungkin scope kerja berlainan dengan research centre di Bangi namun ada banyak perkara-perkara atau amalan-amalan yang boleh dibawa pulang untuk diamalkan di research centre Bangi nanti.

InsyaAllah projek ini akan tamat pada August 2009 nanti. Tak sabar nak balik kerja kat Bangi.

Friday, January 30, 2009

Manama Trip 2

Aku sekarang berada di Dilmun Lounge di Bahrain Airport sambil menunggu flight ke Dubai pukul 5.50 pm nanti. Tak sabar rasanya nak jumpa bini yang keseorangan di rumah. Semoga dia tabah.
Kena singgah Dubai satu malam pulak. Malam besok baru sampai KLIA. Emirates bagi hotel free kat Dubai nanti. Tak sure sempat ke tak kalau nak kleuar jalan2 tengok bandar Dubai hehe. Tapi yang kurang bestnya kat sini dan mungkin kat dubai pun lebih-lebih lagi ialah kebanjiran pekerja-pekerja asing dari Filipina, Nepal, India dan Bangladesh. TBC.....

Thursday, January 29, 2009

Trip to Manama, Bahrain

Alhamdulillah, aku sekarang berada di Hotel Sheraton, Manama Bahrain. Aku umpama orang darat masuk bandar. First time dapat peluang ke luar negara sebab projek sponsor untuk mengikuti SPE Technology Workshop : Oilfield Water Management 26-29 January 2009. Dah dua hari kat sini tapi baru petang tadi aku tahu yang aku entitled untuk dapat 45 minutes free internet hampeh. Tak payah habis duit hantar sms kat bini aku. Banyak yang aku bolh cerita kat bini aku through email hehe. Oklah aku nak update kat bini aku dulu. Nanti free aku upload gambar-gammbar yang aku amik. wassalam.