Saturday, November 22, 2008

Ustaz Kahwin Dangdut?

Ustaz Kahwin 1.

Entah berapa haribulan dah aku tak ingat. Wife ajak pergi kenduri kahwin sepupu perempuannya di Seremban. Majlis walimah untuk dua orang adik beradik, dua-dua pengantin perempuan sekaligus. Pengantin lelaki yang pertama seorang pegawai eksekutif manakala pengantin lelaki kedua seorang ustaz j-qaf, tak tanya pulak graduate dari mana.

Aku sampai lambat dalam kul 3.30 ptg dan berlaku peristiwa yang menakjubkan. Mak sedara wife aku yang lain cerita kat kitorang, ustaz naik ke pentas nyanyi lagu berduet ngan bini dia.

Ustaz Kahwin 2.

Entah berapa haribulan dah aku tak ingat. Wife ajak pergi kenduri kahwin ustaz satu sekolah dengan dia. Cikgu-cikgu lain turut hadir. Lepas ambil makanan, kami duduk di meja sama dengan cikgu sekolah yang turut datang memeriahkan majlis. Majlis bertambah meriah dengan lagu-lagu asmara yang diputarkan oleh DJ jemputan. Anak-anak muda mengambil kesempatan menyanyi lagu karaoke Nurnilam Sari dan Gadis Melayu.

Aku kesian kat beberapa orang haji yang datang dengan berjubah dan berkopiah. Sambil makan nasi sambil tengok anak muda melalak. Pengantin baru terus tersenyum bahagia.

Ustaz Kahwin 3.

Entah berapa haribulan dah aku tak ingat. Malas nak check. Aku, wife aku dan mak aku yang datang dari Kota Bharu pergi kenduri kahwin sedara kami jugak kat Melaka. Suasana sangat meriah, orang bersesak-sesak datang dari segenap pelusuk kampung, tak kurang juga sedara dan kenalan dari Selangor, Johor, Perak dan Kelantan. Maklumlah tokey kain baju merangkap Imam masjid kat satu daerah di Melaka.

Aku respek pada dia sebab berkebolehan menjadi imam dan berkebolehan menguruskan bisnes dan menjadi kaya raya. Majlis terus meriah dengan lagu-lagu dangdut Amelina, Sheeda, Ani Mayuni dan lain-lain yang diputarkan DJ jemputan. Majlis terus meriah dan Pak Imam terus bahagia tersenyum menyambut tetamu.

Oh alangkah bahagianya dan seronoknya bila berkahwin ni. Teringat la pulak time aku kahwin. Memang seronok bila ramai sedara mara datang berkumpul, makan gulai kawah dengan ikan masin serta sedikit sambal belacan. Oh aku menelan air liur sekarang ni. Dan sudah tentu bab yang paling seronok ialah bab malam pertama hik hik hik. STOP.

OK now, korang perasan tak apakah persamaan ketiga-tiga cerita di atas. Korang ada rasa tak apa yang aku rasa sebagai orang awam ini?

Persamaan utama ketiga-tiga cerita di atas ialah majlis perkahwinan di atas semuanya menjemput DJ dan memasang lagu-lagu kononnya untuk memeriahkan majlis perkahwinan.

Dan persamaan kedua ialah kesemua pengantin lelaki atau pihak lelaki merupakan golongan yang beragama, golongan ustaz, golongan imam. Golongan yang orang akan ikut dan orang akan ambil contoh dalam kehidupan beragama.

Minta maaf sekiranya aku termasuk dalam sangka buruk. Biarlah aku sangka baik kepada ustaz dan imam di atas.

Ustaz Kahwin 1 tak tahu menahu pun pasal nak jemput band muzik dan siap berkaraoke kat atas pentas di laman rumah. Maklumlah kenduri sebelah perempuan, kenduri 2 pasangan sekali, kenduri anak orang kaya, taukey ladang kelapa sawit Terengganu, Kelantan dan Negeri Sembilan. Manalah dia tahu nak kena berkaraoke pulak dengan isteri. Mungkin ini surprise katanya. Takkan lah dia nak spoilkan majlis yang meriah tu, depan mertua pulak. Last-last Ustaz pun berkaraoke dengan isterinya depan hadirin yang terlopong melihat pengantin baru itu.

Ustaz Kahwin 2 pun tak tahu menahu pun pasal nak jemput DJ dan pasang lagu-lagu ni. Yang dia tahu cuma bersiap-siap pakai pakaian pengantin, berdiri kat luar, sambut tetamu-tetamu yang datang dan persilakan untuk makan. Yang dia tahu cuma sediakan berapa kos semua untuk majlis kahwin termasuk catering, bunga telur dan cenderahati untuk tetamu. Dan mungkin DJ dan lagu-lagu itu kira satu pakej dalam pakej catering, tempah catering untuk 1000 orang percuma persembahan DJ dan lagu.

Ustaz Kahwin 3 pun lagila tak tahu menahu. Majlis tersebut kan diadakan di rumah pengantin perempuan. Kenala tanya besan dia sendiri. Nanti bila tanya besan, besan akan kata saya pun tak perasanla pulak, mungkin ada pakej sekali dengan catering agaknya. Ntahlah, anak saya yang arrangekan, saya cuma bayar duit je berapa kena bayar.

Akhirnya, akibat dari ketidakperasanan ibubapa yang menganjur majlis walimatul urus sedemikian rupa maka orang awam yang sedang belajar ingin menjalani kehidupan beragamalah yang menjadi mangsa. Emm masa diorang datang punggah barang-barang DJ, amplifier, PA system tu kome tak perasan juga ke?

Akhirnya, suka aku nak nasihatkan kepada ustaz-ustaz yang nak berkahwin nanti, berhati-hatilah dalam merancang majlis perkahwinan, nak bersanding pun bersandinglah depan sanak saudara kamu sendiri. Kalu tak bersanding lagi bagus dan lagi mulia. Semakin sederhana majlis perkahwinan ustaz-ustaz, semakin tinggilah penghormatan masyarakat kepada mereka. Renung-renungkan dan selamat beramal...