Friday, October 31, 2008

Aku Masih Di Sini


Aku masih di sini. Di dunia yang fanaa ini. Meneruskan kehidupan antara sedar dan lalai. Mungkin itulah antara hikmah Allah memfardhukan solat 5 waktu sehari semalam supaya hati kita senantiasa ingat kepadaNya. Sedangkan dengan solat lima waktu ini pun manusia sering lalai dari mengingati Allah, bagaimana pula jika tiada solat langsung, mungkin tak ingat Allah terus.


Aku masih di sini. Di dunia yang fanaa ini. Khatib Jumaat tadi menyebut tentang keluhan Saiyidina Ali r.a. tentang jauhnya perjalanan tetapi sedikitnya bekalan. Sahabat yang telah dijanjikan syurga juga mengeluh tentang amalan mereka yang sudah hebat, apatah lagi kita di akhir zaman ini. Sembahyang pun main-main. Oh..


Aku masih di sini. Di dunia yang fanaa ini. Cuba menulis kembali setelah lebih setahun tidak menulis di ruang maya ini. Banyak peristiwa berlaku dalam setahun ini yang ingin ku coret kembali sebagai catatan dalam perjalanan. Insya Allah, nanti aku menyusul kemudian.


p/s: Berbekallah kamu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa. (Al Baqarah:197)